Keratan akhbar di bawah ini dipetik daripada Berita Harian. ======================================================
Wanita meninggal lepas bakar diri sebab anak degil
NIBONG TEBAL (Pulau Pinang): Ibu tujuh anak yang membakar diri selepas mencurah petrol ke badannya minggu lalu kerana dikatakan marah dengan sikap anak perempuannya, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Star, malam Jumaat lalu. Cik Rossliana Rosli, 33 tahun, yang melecur 54 peratus badannya dalam kejadian Sabtu minggu lalu, disahkan meninggal dunia pada 8.30 malam, genap seminggu selepas kejadian itu yang menyebabkan mangsa koma.
Jenazah yang tiba di Masjid Kampung Besar, Sungai Kechil, di sini sekitar 9.30 pagi kelmarin, selamat dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan masjid itu. Suami Allahyarhamha Rossliana, Encik Marzuki Jamaludin, 39 tahun, berkata beliau ke HSB selepas dimaklumkan keadaan isterinya yang tenat, tetapi sebaik tiba mereka diberitahu mangsa sudah meninggal dunia.
'Walaupun sedih, saya reda dengan ketentuan-Nya,' katanya.Dalam kejadian Sabtu lalu, Allahyarhamah Rossliana bertindak nekad mencurah badannya dengan petrol sebelum membakar dirinya menggunakan api lilin.
Encik Marzuki, seorang pengawal keselamatan di sebuah kilang, berkata sebelum kejadian, beliau dijemput Allahyarhamha Rossliana dengan motosikal sekitar 8.30 malam dari tempat kerjanya kira-kira 13 kilometer dari rumahnya.
Apabila tiba di rumah, Allahyarhamah Rossliana yang bekerja sebagai pembantu kedai makan, terus ke rumah ibunya, kira-kira 100 meter dari rumahnya untuk memanggil pulang anak keduanya yang berusia 15 tahun.
Difahamkan, berlaku pertengkaran di antara Cik Rossliana dengan anak serta ibunya menyebabkan beliau bertindak nekad membakar dirinya. Mangsa dipercayai mengalami tekanan perasaan berikutan sikap anak perempuannya itu yang tidak mahu mendengar nasihatnya dan sering menimbulkan masalah.Ketika kejadian, enam daripada tujuh anaknya yang berusia dua hingga 17 tahun turut berada di rumah. -- BMM, Metro Ahad.
Baca dengan teliti dan berikan jawab soalan-soalan yang diberi berpandukan isi-isi berikut:-
a) Berikan komen kamu tentang tindakan yang telah diambil oleh ibu tersebut?
b) Pada pendapat kamu adakah anaknya yang degil itu akan berubah sikap setelah melihat
keadaan ibunya?
c) Sekiranya kamu ialah teman lepada anak mangsa tersebut, apakah nasihat yang akan
kamu berikan kepadanya setelah peristiwa malang ini terjadi?
Selamat mencuba :~)
Jangan Stress :~#
Sunday, January 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
a)Tindakan yang diambil oleh Ibu tersebut adalah tidak patut kerana ada cara lain untuk menyelesaikan masalah ini. Tindakan ini juga telah membawa dosa kepada dirinya sendiri kerana ini adalah satu contoh membunuh diri sendiri. Tindakan ini juga telah memberi sikap negatif kepada masyarakat tentang diri beliau dan juga kepada keluargnya. Ini juga telah menunjukkan dirinya mengambil fikiran yang singkat.
ReplyDeleteb)Saya rasa beliau akan insaf dan menyesal melihat ibunya sanggup membunuh diri kerana sikap degilnya. Saya juga rasa anaknya akan mengalami trauma selepas kejadian tersebut. Beliau akan berasa insaf dan mungkin berubah perangai menjadi baik.
c)Saya akan menasihatkan beliau supaya teruskan hidup dan doa agar roh ibunya tenang di alam akhirat. Juga saya akan menasihatkan supaya beliau berubah cara hidupnya dan sama-sama menolongnya maju kehadapan dan melupakan kejadian tersebut dan mengambil pelajaran tentang apa yang telah belaku.
Nurul Farhana. (19)
5N1.
a)Tindakan yang diambil oleh ibu tersebut terlalu mendadak kerana dia telah membunuh dirinya sendiri kerana anaknya. Tanpa membicarakan perkara ini dengan suaminya, dia telah membuat demikian kerana tidak sanggup mengalami masalah ini. Tindakan nya amat
ReplyDelete'bodoh' kerana beliau telah membunuh dirinya kerana anaknya, tanpa duduk dan fikirkan apa yang boleh dilakukan selain daripada melarikan diri daripada masalah ini.
b)Ya, kerana jikalau saya yang mengalaminya, saya juga turut akan berubah dan berasa bergitu traumatis dan bersalah kerana
saya telah 'membunuh' ibu saya sendiri. Dan, saya pasti anak perempuannya akan berubah sikapnya.
c)Saya akan menasihati nya: Cuba berubah diri dan sikap, kerana kami ini seorang anak perempuan. Dan untuk seorang anak perempuan untuk bersikap derhaka dan tidak sopan, amat tidak manis dipandang orang!
Saya juga akan memberitahunya bahawa
semua orang membuat silap. Tiada sesiapa yang sempurna di dalam dunia ini. Sekarang, beliau telah membuat DOSA yang PALING TERBESAR kerana beliau telah 'membunuh' ibunya sendiri. Kata orang tua, SYURGA di tapak ibu kaki kami. kini, beliau bukan hanya 'membunuh' ibunya sahaja, malah, telah bersikap derhaka dengan ibunya. Dan belum sempat beliau meminta maaf dari ibunya, ibunya telah kembali ke Ilahi. ini semua disebabkan kelalukuan nya. Jadi, saya sebagai kawannya, saya akan menasihatinya supaya berubah sikpanya kerana semua orang diberikan peluang untuk berubah. Saya juga akan membimbinginya jikalau dia 'tersesat
jalan' lagi jika dia berasa ia bergitu sukar untuk berubah.
NUR SAHEERA,5N2
a) Tindakan yang telah diambil oleh ibu tersebut sangat mengejutkan. Walaupun dalam keadaan tekanan perasaan terhadap anak perempuannya,dia tidak sepatutnya membuat kelakuan sedemikian kerana tanggungjawab seorang ibu itu sangat berat.
ReplyDeleteDengan tiada kehadiran seorang ibu di sisir anak-anak,siapa lagikah yang boleh mendidik mereka dengan cara yang betul selain bapanya?
Selain daripada membuat tindakkan tersebut,ibu itu boleh mengaduh ke suaminya ataupun keluarganya supaya mereka juga boleh tolong membantu mendidik anak perempuannya yang degil itu. Dengan memberi nasihat ataupun amaran,insyaallah anak itu boleh mengubah sikapnya. Sepatutnya,ibu itu harus bersabar dan menguatkan nafsu untuk menghadapi perangai anaknya itu.
b)Pada pendapat saya,anaknya yang degil akan berubah sikap setelah melihat keadaan ibunya. Dia akan berasa menyesal terhadap perbuatannya yang telah mengakibatkan kematian ibunya itu.
c)Sebagai seorang teman,saya akan menasihatinya supaya tidak melakukan perkara itu lagi dan insaf atas perbuatannya itu. Tidak ada gunanya untuk berasa kesal kerana ibunya sudah pun pergi. Dia hanya boleh berdoakn untuk ibunya dan bertaubat.
Jagalah adik-beradiknya dengan baik dan dengar nasihat bapanya.
-Zafirah Fatin
a) Saya rasa tindakan yang telah diambil oleh ibu tersebut itu tidak wajar. Dia perlu faham bahawa remaja zaman sekarang lain daripada yang lain. Mereka suka ikut hati sendiri dan sering mengikut kata-kata teman mereka. Mereka juga senang terpengaruh degan sekelilingan mereka. Sebagai seorang ibu, dia patutlah faham dengan perangai anaknya sendiri dan nasihatinya atau menyedarkanny jikalau kelakuannya itu menyakitkan hatinya. Keduanya, remaja zaman sering membuat kesilapan dan sebagai seorang ibu, dia patutlah mengajarnya ataupun mendidiknya supaya dia boleh pelajari daripada kesilapannya dan menjadi seorang anak yang soleh. Selain itu, saya rasa membunuih diri bukan penyeselaian bagi masalah Cik Rossliana. Walaupun anaknya sedegil bagaimanapun, dia tetap anaknya. Dia tidak boleh sahaja menghalaunya daripada dirinya. Oleh itu, saya rasa ibunya juga bersalah dalam kejadian ini.
ReplyDeleteb) Pada pendapat saya, kemungkinan besar anaknya yang degil itu akan berubah setelah melihat keadaan ibunya. Dia akan berasa bersalah jikalau dia mengetahui bahawa kematian ibunya itu disebabkan oleh dirinya. Dia akan cuba insaf dan memperbaikki dirinya supaya dia diterima lagi oleh keluarganya. Kebanyakkan kejadian sebegini telah berlaku di seluruh dunia dan akhirnya anaknya juga akan kembali ke pangkal jalan. Mereka juga akan cuba ubah perangainya setelah melalui pengalaman yang pahit ini. Jikalau saya menjadi anaknya yang degil itu, pasti saya akan berubah melihat keadaan ibu saya yang menyakitkan hati dan juga mata. Saya tahu keluarga saya akan memberi peluang yang kedua untuk mencuba mengubah perangai saya kerana keluarga itulah yang selalu berada sama kita pada waktu yang sedih. Sebab itulah saya akan cuba sedaya upaya untuk berubah. Saya rasa anaknya yang degil itu patutlah mengikut jejak saya. Dengan itu, dia dapat diterima balik oleh keluarganya.
c) Sekiranya saya ialah teman kepada anak mangsa tersebut, saya akan menasihatinya supaya balik ke pangkal jalan dan meminta maaf kepada ibunya walaupun ibunya telah meningal dunia. Selain itu, dia juga harus meminta maaf kepada seluruh keluarganya kerana dialha sebab kejadian ini berlaku. Saya juga akan menasihatinya supaya mengubah sikapnya yang menjijikan semua orang di sekililingnya. Tiada ibu bapa yang suka terhadap anak yang derhaka kepada orang tuanya. Orang lain juga akan mula mengata tentang hidupnya dan dia akan berasa malu. Untuk mengelakkan kejadian ini daripada berlaku, dia harus tunjukkan kepada semua orang yang dia telah insaf dan janji untuk menjadi seorang anak yang soleh. Dia juga boleh berjanji kepada ibunya yang dia akan berubah untuk menenteramkan roh ibunya. Jikalau dia tidak mengubah sikapnya, orang akan benci terhadapnya dan hidupnya akan menjadi neraka kerana tiada orang ingin dekat dengan dirinya.
a)pada pendapat saya,tindakan yang telah diambil oleh ibu tersebut tidak wajar kerana memang setiap remaja pada umur sedemikian akan terpengaruh dengan keadaan sekeliling.beliau sepatutnya memahami remaja tersebut dan cuba untuk mengubah perangainya walaupun ia amat sukar pada ketika itu.berikan remaja tersebut masa untuk menyedari kesilapannya,walaupun ia mengambil masa yang lama.remaja zaman sekarang banyak meluangkan masa di luar bersama teman-teman.tetapi,ibu bapa tidak harus mengongkong aktiviti remaja malah hanya perlu memberi kebebasan yang terhad.dengan ini,remaja tersebut akan rasa dihargai,disayangi dan ibu bapa memahami mereka.mereka akan bekerjasama dengan ibu bapa.
ReplyDeleteb)pada pendapat saya,berkemungkinan besar,remaja tersebut akan menyedari kesilapannya dan akan berubah.anak mana yang tidak menyayangi ibu bapa mereka yang telah membesarkan mereka sejak kecil lagi.pasti mereka akan berubah kerana berasa bersalah dengan perbuatan mereka hingga menyebabkan kecederaan ke atas ibunya.walaupun remaja tersebut mempunyai hati yang keras,apabila dipujuk akan sejuk juga bak kata pepatah,kerak-kerak nasi,apabila direndam dalam air akan lembut juga.
c)sebagai seorang teman,saya akan menasihatinya untuk kembali ke pangkal jalan dan meminta maaf terhadap ibunya.beliau juga harus menangani segala kemungkinan di masa hadapan dan meminta maaf kepada semua orang kerana dialah punca kematian ibunya.dia harus membuktikan kepada semua orang yang dia akan berubah.tiada ibu bapa yang menginginkan seorang anak yang degil dan kurang ajar.
a) Pada pendapat saya, tindakan ibu itu sangat negatif. Ibu itu sepatutnya memikir tentang anak-anaknya yang masih memerlukannya.Beliau mempunyai tujuh anak, dan dia tidak seharusnya membunuh diri kerana kecewa dengan satu daripada anaknya. Beliau juga harus membaiki anak perempuannya, dan bukan membunuh diri. Walaupun kecewa dengan sikap anaknya, beliau sepatutnya membaiki perangainya. Anak itu akan rasa bersalah selepas peristiwa ini, kerana dia akan fikir bahawa dia adalah punca kematian ibunya. Selain itu, ibunya sepatutnya sudah bersedia untuk menjaga kesemua tujuh anak-anak. Walaupun tekanan dengan anak-anak yang nakal, dia harus tahu untuk mendisiplinkan kesemuanya. Tindakan membunuh diri adalah suatu yang sangat buruk.
ReplyDeleteb) Anak itu mungkin akan berubah sikapnya, jika dia insaf dengan kematian ibunya. Dia harus tahu bahawa ibunya telah sanggup membunuh diri kerana sikapnya yang degil. Sekiranya dia tidak insaf, tiada orang boleh membantunya, selain dirinya. Perbuatannya itu telah membunuh ibunya. Dia sepatutnya tidak harus membuat ibunya marah. Ibunya sekarang sudah tiada, dan dia akan rasa bersalah kerana kematian ibunya. Kerana dia lah, ibunya telah membunuh dirinya.
c) Saya akan menasihatinya untuk berubah sikapnya. Ibunya pasti akan bangga jika dia berubah sikapnya. Walaupun ibunya sudah tiada, dia tetap harus menukar sikapnya.
Noor A'ishah (5N2)
a) Saya rasa tindakan ibunya adalah sesuatu yang tidak munasabah dan salah. Dari segi agama islam, seseorang yang membunuh diri sendiri adalah berdosa. Anak-anaknya juga akan terkejut apabila ternampak kelakuan ibunya sendiri. Walaupun tertekan dengan anak-anaknya sendiri, saya tidak percaya dengan membunuh diri, mereka akan menyedari apakah kesilapan mereka. Di sebaliknya, mungkin ibunya membunuh diri kerana anaknya tetapi mungkin kerana hal-hal lain yang tidak diketahui di sini.
ReplyDeleteb) Pada pendapat saya, mungkin anak itu akan berubah atau semakin dasyat. Budak itu mungkin akan kesal dengan perbuatannya yang menyebabkan ibunya membunuh diri dan terus berubah sedikit demi sedikit. Kalau tidak, anak itu mungkin akan lebih senang hati dengan ketiadaan ibunya dan akan semakin dasyat. Dan juga, anak itu mungkin akan terus trauma selapas melihat ibunya dibakar hidup-hidup.
c) Saya akan menasihatinya supaya teruskan hidup seperti biasa dan kesalilah apa yang telah terjadi. Saya juga akan menasihatinya supaya menjaga adik-beradiknya dan bapanya dengan baik supaya tidak berlaku lagi atau terdorong kepada adik-beradiknya.
-Asraf
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletea) Pada pendapat saya, tindakan yang telah diambil oleh ibu tersebut tidak wajar dan salah. Tindakan ibu itu tidak wajar kerana terdapat pelbagai alternatif lain yang lebih sesuai untuk menyelesaikan masalahnya. Alternatif lain seperti berjumpa dengan kaunselor dan besabar dapat menangani masalah ibu tersebut. Dengan membuat tindakan tersebut, dia telah menyebabkan dirinya sendiri binasa dan telah menyebabkan kematiannya sendiri.
ReplyDeleteb) Pada pendapat saya, anaknya yang degil itu akan berubah kerana dia telah kehilangan seorang ibu. Ibu merupakan watak penting dalam keluarga dan tanpa seorang ibu, hidup mereka akan berubah dan sukar untuk mereka menyesuaikan diri. Anaknya akan belajar untuk menghargai ibunya dan dia tidak ingin mengalami pengalaman yang sama pada masa hadapan.
c) Sekiranya saya ialah teman bagi anak mangsa tersebut, saya akan memberikan kata kata perangsang untuk menunjukkan simpati kepadanya. Saya juga akan menasihatkannya agar berubah dan menghargai apa yang kita ada kerana pada bila bila masa, kita boleh kehilangan sesuatu ataupun seseorang yang penting dalam kehidupan.
Muhd Farhan bin Mohd
4E4
a) Pada pendapat saya, tindakannya itu sungguh tidak wajar. Kerana setiap masalah ada jalan keluarnya. Mungkin wanita tersebut terlalu tertekan dengan perangai anak perempuannya, tetapi itu tidak bererti bahawa dia boleh membakar dirinya sendiri untuk lari daripada masalah yang dihadapi. Terdapat banyak lagi alternatif untuk menyelesaikan masalahnya, seperti pergi jumpa dengan kaunselor. Mungkin masalahnya dapat dihuraikan, jika tidak dapat dihuraikan masalah tersebut, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban.
ReplyDeleteb)Ia semua terserah kepada anak perempuannya untuk mengubah sikapnya. Jika dia tetap berdegil dan tidak sedikit pun rasa kasihan dengan ibunya, itu bermakna dia tidak akan berubah sikap hingga bila-bila masa. Tetapi jikalau beliau sedar akan kesalahannya dan mempunyai rasa serba salah dengan kematian ibunya, anaknya itu oleh mengubah sikapnya, dan menjadi lebih matang daripada masa dahulu.
c) Saya akan memberinya sokongan moral dan katakan bahawa kematiannya ibunya itu tidak ada kena mengena dengan apa yang dilakukannya. Saya juga akan mengatakan bahawa dia harus meneruskan kehidupan tanpa kehadiran ibunya. Saya juga akan menyuruhnya untuk belajar bagaimana untuk menjadi seorang yang berdikari.
~Muhd Suhaimi 4E3
a)Saya rasa tindakan ibu tersebut tidak wajar. Dia tidak harus berbuat demikian. Terdapat cara-cara lain yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah ini. Perbuatannya membunuh diri itu tidak patut terjadi.Dengan berbuat demikian, dia akan mendapat dosa besar dan masuk ke neraka. Islam tidak mengajar kita untuk membunuh diri.Kita harus cuba untuk menyeleasaikan masalah. Lebih baik jika dia dapat tenangkan diri sendiri sebelum membuat keputusan tidak munasabah.
ReplyDeleteb) Pada pendapat saya, terdapat dua kemungkinan. Pertama, anaknya akan berubah sikap setelah melihat keadaan ibunya. Dia akan berasa salah dan bersimpati dengan ibunya yang tersayang.Dia sedar bahawa perbuatannya itu telah menyebabkan ibunya membunuh diri.Kemungkinan yang kedua, anaknya itu tidak akan berubah.Malah sikapnya akan menjadi-jadi.Ini disebabkan pleh keputusan ibunya untuk membunuh diri sedangkan terdapat alternatif lain.Perbuatan yang bodoh itu tentu membuat hati anaknya lebih keras.
c).Saya akan memberitahunya nasi sudah menjadi bubur.Tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan lagi.Lupakan sahaja dan teruskan kehidupannya.Sentiasalah berdoa kepada Yang-Maha-Esa supaya roh ibunya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam orang-orang beriman.
~Muhd Helmi 4e1
a) Pada pendapat saya, tindakan oleh ibu tersebut tidak wajar dan juga tidak munasabah. Ibu tersebut perlu tahu bahawa perkara seperti apa yang telah dilakukan tidak akan membawa faedah kepada situasi-situasi yang susah seperti ini. Oleh dengan melakukan sedemikian, dia juga telah menyusahkan ahli keluarganya terutamanya anak-anaknya. Dia perlu berfikir dahulu sebelum melakukan apa-apa oleh kerana ada banyak alternatif yang lain untuk menyelesaikan masalah-masalah dengan secara tenang.
ReplyDeleteb) Pada pendapat saya, anaknya yang degil itu akan berubah sikapnya setelah ketiadaan ibunya. Dia akan berasa menyesal atas perbuatannya dan akan berhati-hati dengan perkataannya dalam masa hadapan terhadap sesiapa yang perlu dihormati. Dia akan juga mempunyai hormat yang penuh terhadap bapanya supaya kejadian-kejadian yang seperti sama tidak akan berlaku lagi. Dia akan berinsaf dan akan berubah untuk keluarganya dan juga dirinya sendiri.
c) Sebagai seorang teman kepada anak tersebut, saya akan menasihatinya bahawa tidak apa-apa yang boleh dibuat untuk mengubah situasi yang telah berlaku dan hanya boleh berdoa untuk masa hadapan. Saya akan berdoa kepadanya agar dia akan mendapat mencari penyedaraan tentang dirinya sendiri dan dapat berubah untuk menjadi seorang manusia yang baik. Saya juga akan berkata bahawa dia patut berkerjasama dengan adik-beradiknya dan bapanya untuk meneruskan kehidupan mereka walaupun ketiadaan ibunya.
Muhammad Nabil bin Bohari (29) – 4E4
a) Tindakan yang diambil oleh ibu itu tidak patut kerana mengikut ugama Islam, kita berdosa jikalau mengambil nyawa sendiri. Namun pada pendapat saya, ibu itu mungkin sudah tidak dapat mengawal emosinya lagi maka itu beliau mengambil tindakan tersebut tanpa memikirkan dengan dalam lagi. Lebih-lebih lagi di dalam situasi di mana dua pihak sedang bertentangan dengannya, iaitu ibu kandungnya sendiri dan anak perempuannya.
ReplyDeleteb) Pada pendapat saya, anak perempuan itu akan berubah sikap namun bakal mengambil masa yang lebih lama lagi kerana beliau mungkin trauma setelah kejadian yang melanda ibunya itu. Lebih-lebih lagi, salah satu punca kematian ibunya adalah kerana sikapnya terhadap ibunya sendiri. Pasti ramai saudara-mara mereka akan menyalahkan beliau. Namun saya pasti jikalau anak perempuan itu diberikan sokongan untuk hidup kembali dan diberi dorongan supaya dapat mengikut pangkal jalan yang benar, beliau pasti dapat merubah sikapnya menjadi yang lebih baik.
c) Saya akan menasihati beliau supaya meminta maaf kepada keluarganya kerana disebabkan dia, adik-adik belaiu kehilangan kasih sayang seorang ibu. Saya juga akan menemaninya dalam saat-saat di mana beliau memerlukan seseorang untuk meluahkan masalah-masalah yang sedang membebani fikirannya. Dan yang terakhir sekali, saya akan menasihati beliau supaya mencari kerja dan membantu keluarganya. Atau setidak-tidaknya melakukan perkara yang membawa faedah kepada dirinya dan juga keluarganya.
Nur Atiqah(30)
4E4
1)Pada pendapat saya,tindakannya tidak wajar kerana ada cara-cara yang lain seperti berjumpa dengan seorang kaunselor.Lagi-lagipun agama kita tidak ajar kita bahawa dengan membunuh diri kita akan menyelesaikan semua masalah-masalah kita.Ia hanya akan member lebih banyak beban kepada keluarganya.
ReplyDelete2)Mungkin anaknya akan berubah jika beliau mahu bertaubat.Beliau akan sedar bahawa sikapnya telah membunuh ibunya.Tetapi beliau mungkin akan jadi lebih degil hingga bila-bila masa.
3)Saya akan menasihatinya untuk teruskan hidupannya.Tidak ada apa-apa lagi yang boleh dilakukan.Anak itu hanya boleh tolong berdoa untuk ibunya dan meneruskan pelajarannya.
Shahmi 4e3
a)Pada pendapat saya, ibu itu tidak sepatutnya berbuat sedemikian kerana dia seharusnya berfikir masak-masak sebelum membunuh diri. Ini kerana perkara ini memang menentang ajaran ugama kita. Dia juga harus memikir tentang anak-anaknya yang lain, kerana kelakuan itu boleh menyebabkan diri anak-anaknya mengalami ketekanan dan mungkin akan menjejas prestasi sekolah.
ReplyDeleteb)Mungkin anaknya akan bertaubat dan menyesali perkara dia telah buat itu salah dan bertaubat nasuha. Dia patut menyesal kerana dia telah menghilang seorang ibu yang telah menjaganya dan berkorban untuknya sejak kecil lagi sehingga kini dia masih lagi bernafas.
c)Saya jika temannya akan menasihatinya untuk melihat apa dia telah menjadi dan bertaubat. Saya juga akan enggan menjadi temannya sehingga dia mengakuri dirinya bersalah dan berjanji untuk berubah perangainya.
A)Gambar ini menunjukkan tempat perkuburan di negara Manila. Perkuburan ini kelihatan diletak di sebelah tempat membuang sampah. Saya amat sedih melihat kubur orang-orang miskin ditingkatkan atas satu sama lain. Saya tidak boleh mengambarkan bagaimana orang-orang di situ hidup dengan keadan yang tidak sesuai ini.
ReplyDelete- Nash 3N2