Wednesday, March 31, 2010

Sila ingat kembali pelajaran yang lepas berkenaan dengan puisi Ini Nasi Yang Kusuap.
Baca semula, hayati dan berikan tafsiran anda.

Ini nasi yang kusuap
pernah sekali menjadi padi harap
melentok dipuput angin pokoknya kerap
tenang berisi tunduk menatap
Ini butir nasi yang kukunyah
sedang kutelan melalui tekak basah
jadi dari darah mengalir
dalam badan gerak berakhir
Angin kencang mentari khatulistiwa
membakar raga petani di sawah
panas hujan dan tenaga masuk kira
dan nasi yang kusuap campuran dari manusia
Ini budi yang kusambut
pemberian lumrah beranting dan bertautini
nasi hasil dari — kerja
kembali pada siapa yang patut menerima
Jadi yang kumakan bukan berasal dari nasi
tapi peluh, darah, dalam isi mengalir pasti
jadi kutelan bukan berasal dari padi
tapi dari urat dari nadi seluruh pak tani

~ Masuri S.N~

Selamat mencuba

1 comment:

  1. Saya rasa puisi ini menunjukan kepada pembaca nasi itu berharga.Kita semua tidak boleh membazirkan nasi kerana ia berhasil daripada petani dan mereka menggunakan kerja keras dan jika kita membazirkan nasi itu,kerja keras mereka telah tidak dikira.Kita harus memikir macam mana mereka boleh menanam padi itu di bawah matahari yang sangat panas itu,baru kita mandapat menanam padi itu tidak senang dan harus memerlukan banyak kerja keras.Duit ynag mereka dapt daripada menjual padi itu tidak begitu banyak dan ia tidak masuk akal kerana mereka bekerja beberapa jam dan duit yang mereka dapat tidak banyak.Saya rasa petani itu adalah orang yang memberi walaupun mereka miskin. (HAMIZAN HARITH 3N2)

    ReplyDelete