Sunday, January 30, 2011

Amalkan dulu sebelum menyuruh orang lain

Pelajar yang dihormati,

Masih ingat dengan tema yang sedang kita bincangkan tentang masalah sosial remaja?
Sila baca artikel yang saya lampirkan berkenaan dengan tema ini. Dengan tidak kurang daripada 100patah perkataan, sila berikan komen anda .

30 Jan 2011
SYIAR
Buat baik: Amal dulu sebelum suruh orang lain
Oleh ZALI SAINI

SEKS bebas merupakan satu penyakit yang sukar diubati' kerana dimanjakan' oleh sesetengah remaja. Malah, bagi yang berpasangan (sedang berkasih), mereka menganggapnya sebagai satu kemestian.

Malangnya, mereka kurang memperhatikan risiko sebenar kerana 'kenikmatan menutup segala keperitan dan kesengsaraan'.

Untuk membantu remaja ini, setiap individu (kaunselor/asatizah) yang berlibat dalam membetulkan tanggapan yang silap ini harus menjadi seorang pemain', dan bukan jurulatih yang mengarahkan itu dan ini.

Sebagai pemain', individu itu harus mampu berjuang di samping remaja-remaja tersebut.
Ibu bapa pula harus membuka mata bukan hanya dalam keadaan sedar, tetapi juga setelah melelapkan mata.

Mereka harus memainkan peranan lebih aktif seperti memberi rang undang-undang bertulis' kepada setiap anak remaja.

Catatkan segala undang-undang kekeluargaan yang dirasakan wajar untuk dilaksanakan bersama.

Contohnya, jam berapa harus bangun untuk solat subuh, bila harus pulang ke rumah atau keluar bersama rakan-rakan.

Rang undang-undang itu harus ditandatangani berserta tarikhnya sekali agar ia menjadi satu bukti jika terjadi perselisihan.

Kaedah ini telah dilaksanakan beberapa ibu bapa yang mahukan satu sistem hormat-menghormati di antara anak remaja dengan mereka.
Alhamdulillah, ia membuahkan hasil.

Para ibu bapa juga harus bertindak seperti CID' (polis). Maksud saya, mereka hendaklah memeriksa beg dan saku anak-anak setiap kali pulang ke rumah dengan harapan tiada benda-benda yang tidak diingini dibawa masuk ke dalam rumah.

Ini memberi isyarat kepada remaja bahawa mereka tidak boleh sewenang-wenangnya membawa balik barang-barang yang tidak baik ke rumah. Mereka akan lebih berwaspada dan berhati-hati.

Soal solat, berat. Soal nak suruh belajar agama, payah. Yang penting, ibu bapa harus memulakan perbuatan yang baik sebelum menyuruh anak-anak mereka.
Bapa tidak solat, tapi suruh bersolat. Aneh bukan?

Ada sesetengah ibu bapa berleter menyuruh anak remaja mereka belajar agama, tetapi mereka sendiri tidak melangkahkan kaki ke kelas agama.
Bagi remaja pula, mereka harus lebih peka tentang kehidupan mereka. Mereka harus merubah apa yang perlu diubah.

Mereka tidak boleh menuding jari ke arah orang lain. Buat baik bukan kerana orang, buat salah jangan salahkan orang.

Para remaja harus menjaga kehormatan dan maruah diri mereka di mana sahaja mereka berada.

Jangan cepat terpedaya dengan ajakan teman anda yang menjadi wakil-wakil iblis'.
Empat perkara ini mungkin dapat membantu:

Pertama; Usah berkawan dengan teman-teman yang tidak baik. Pilihlah teman yang peka dengan waktu solat walaupun berada di tengah-tengah bandar yang sibuk. Pilihlah teman yang mampu menegur segala kesilapan yang tidak disengajakan. Teguran membina, membawa perubahan yang bahagia.

Kedua; Jangan pergi ke tempat tidak elok. Teman yang baik tidak akan melangkahkan kaki ke tempat seperti pub, disko, kelab karaoke, tempat minuman keras dan sebagainya.
Ketiga; Jangan cuba-cuba nak buat jahat. Ingat, teman jahat sentiasa mengajak melakukan perbuatan jahat. Mereka mahu teman-teman mereka bersekongkol dalam kejahatan agar mereka dilihat sebagai kumpulan yang besar dan bergaya.

Keempat; Jangan bangga dengan perbuatan jahat. Sekiranya anda berbuat salah, mohon ampun kepada Allah dan minta pertolongan ibu bapa. Mereka berdua adalah sebaik-baik tempat untuk memberi nasihat dan menyediakan jalan keluar.

Saya bangga apabila Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) memainkan peranan dalam membantu menjana remaja terbilang di negara kita.

Namun, ia tidak akan menjadi kenyataan sekiranya semua yang terlibat hanya mahu menjadi jurulatih' atau menjadi pengarah' saja.

Banyak lisan yang diutarakan tapi di mana keberkesanannya?

Peranan ini tidak harus dimainkan oleh masjid-masjid sahaja. Malah pusat pendidikan agama swasta juga dapat memainkan peranan kerana ramai remaja menimba ilmu di institusi tersebut.
Dari sini, kita harus memulakan acara memancing' dan mendidik mereka tentang kepentingan memilih teman agar mereka dapat menjadi DUTA di kalangan mereka sendiri. Teman bukan untuk hari ini dan esok, tetapi untuk selama-lamanya.

Nota: Penulis adalah Perunding Motivasi Remaja Kaunselor/ Penceramah Tetap NPC-OLMS@ Focus Consultancy & Motivation Services

21 comments:

  1. Saya rasa mereka harus beredengar apa-apa nasihat yang diberi oleh orang, kerana ada nasihat yang boleh menolongnya. Tetapi, mereka perlu orang untuk menolong mereka menjadi lebih baik. Kalau ada orang tolong, mereka akan lebih cepat untuk tukar. Orang-orang yang menolong mereka juga boleh belajar daripada kesalahaan mereka yang ditolong.

    Para korban harus cuba untuk berubah, jika tidak, maka akan bertambah buruk dari masa ke masa.

    MUIS has done a great job at stopping casual seks, but I feel they could have done better. I'm not one to say, but I hope less people will be involved in these shameless activities.

    ReplyDelete
  2. Soree Soree last paragraph XD

    MUIS telah melakukan pekerjaan yang besar untuk menghentikan seks kasual, tapi aku merasa mereka boleh melakukannya lebih baik. Saya bukan orang untuk mengatakan, tapi saya berharap orang yang kurang akan terlibat dalam kegiatan ini tak tahu malu.

    ReplyDelete
  3. Saya berasa yang isu ini amat menyedihkan kerana ramai orang tidak tahu menjauhkan diri dari perkara seks ini. Mereka tidak tahu yang seks bebas atau berzina tidak ada banyak manfaat kepada kehidupan mereka.

    Jika mereka berpuasa, mereka boleh menjauhkan diri mereka daripada melakukan seks. Saya juga rasa yang cara-cara untuk menjauhi seks bebas amat berkesan.

    Saya berfikir bahawa MUIS telah melakukan pekerjaan yang baik mengelakkan seks bebas.

    ReplyDelete
  4. Nur Hasinah Handongfiah 3S2


    Saya berasa kesal akan perbuatan remaja hanyut yang tidak elok seperti berzina . Pada mereka , perbuatan seperti ini akan membuat mereka "glamour" tetapi mereka tidak fikir berapa malu ibubapanya jika orang dapat tahu , seperti menconteng arang di muka ibubapanya .



    Salah memilih kawan juga isu kerana remaja senang terpengaruh dengan kawan-kawan mereka . Tetapi kalau mereka telah membuat kelakuan yang tidak elok seperti seks luar nikah , kami tidak boleh sahaja menyalahkan kawan mereka tetapi mereka sendiri . terdapat kes remaja telah berzina dan akhirnya menangis atas kesilapan mereka tetapi apa gunanya kerana nasi telah menjadi bubur ,



    MUIS telah melakukan sesuatu yang baik untuk menangani masalah seks luar nikah di kalangan remaja .

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Saya berasa amat sedih akan perbuatan masyarakat kita, terutama sekali masyarakat melayu Islam. Mereka tidak lagi mempunyai perasaan malu dan harga diri dan sanggup melakukan maksiat ini. Masalah seks bebas ini sudah berleluasa dan kes ini tidak boleh dipandang rendah. Seks bebas boleh mendatangkan banyak masalah dan tiada manfaat baginya. Antara masalah-masalah yang boleh menimbul adalah keguguran anak luar nikah kemudian pembuangan zuriat di mana-mana tempat seperti di tong sampah. Apakah yang terjadi kepada masyarakat kita zaman ini? Di manakah perasaan kasihan antara manusia? Bayi yang dibuang itu memang tidak sepatutnya dibuat sedemikian, sedangkan dia tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan kepada ibubapanya. Saya bangga dengan MUIS kerana mereka main peranan penting dalam mengatasi atau mengurangkan kes-kes ini di kalangan masyarakat Melayu Islam.

    Mohamad Taufiq(25) 3S3

    ReplyDelete
  7. Saya rasa bahawa di zaman moden ini, remaja lebih berani akan melakukan perkara yang tidak elok dengan secara terbuka. Seperti seks luar nikah, derhaka kepada kedua orang tua dan lain lain lagi. Remaja menganggap perkara sebegini sesuatu mustahak atau perkara ''trendy''.

    Mengikut rakan-rakan mereka berokok, membuat zina, berfoya-foya dengan makan dadah. Ibubapa pula patut mengawal dan memerhati perkelakuan anak mereka- ke mana mereka pergi, dengan siapa, untuk apa.

    Saya rasa informasi sebegini sangat mustahak untuk diberitahu kerana jikalau ada apa yang terjadi kepada anak mereka, ibubapa boleh mangawal anak mereka supaya tidak terbuat perkara tidak senonoh. Tetapi di sebaliknya, ibubapa tidak saharusnya mengawal anak mereka dengan terlalu erat sekali hingga mereka berasa sungguh tertekan. Itulah punca permulaan pergaduhan .

    -Nurin Atikah 3S2.
    :D

    ReplyDelete
  8. Saya memang setuju dengan apa yang ditulis oleh penulis tersebut. Memang benar, remaja remaja sekarang kurang memperhatikan risiko sebenar melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan. Si penulis telah mencatatkan pelbagai cara untuk menolong mereka dan mendidik mereka ke jalan yang benar. Contohnya, ibu bapa adalah satu peranan yang sangat penting kepada anak-anak mereka. Mereka mestilah menjaga anak-anak mereka di dalam kawalan supaya mereka tidak menjadi liar. Kawan-kawan di sekolah juga menjadi peranan kepada mereka. Oleh kerana itu, kita mestilah memilih kawan-kawan yang baik bukan yang jahat. Selain itu, saya juga menyokong masjid-masjid dan pendidikan agama swasta untuk memainkan peranan kerana ramai remaja yang pergi ke tempat-tempat tersebut.
    -Bernardus 3S2

    ReplyDelete
  9. Saya amat kecewa akan perbuatan mereka. Remaja lakukan perkara seperti seks luar nikah walaupun mereka tahu yang perbuatan itu bersalah. Oleh kerana ini, masyarakat lain akan memikir bahawa keseluruhan masyarakat Melayu adalah buruk dan ia memalukan remaja yang tidak membuat sedemikian.

    Saya pun bersetuju dengan apa penulis telah berkata, yang kebanyakkan remaja sering terpengaruh dengan rakan mereka. Oleh kerana itu, mereka pun terlibat dalam kelakuan yang tidak baik seperti pergi ke karaoke, seks bebas, menghisap dadah dan sebagainya.

    Akhirnya, saya pun harap bahawa remaja sebagai keseluruhan tidak akan terpengaruh dengan rakan mereka.

    ReplyDelete
  10. Nurin Azra Bte Roslee
    3A2
    31.01.2011

    Saya amat setuju dengan pendapat petulis ini. Remaja kini berperangai semakin liar. Mereka senang terpengaruh dengan rakan sebaya mereka kerana tidak ingin digelar sebagai pengecut. Masalah sosial di antara kalangan remaja semakin berleluasa kerana remaja lebih suka diberi kebebasan dari sering dikongkong oleh ibubapa mereka.
    Remaja-remaja yang masih bersekolah minat berlepak dan membuang masa di kolong blok bersama teman-teman mereka daripada duduk di rumah dan belajar. Sebab itulah, ibubapa, guru-guru harus bekerjasam untuk menghentikan masalah ini. Setiap orang ada peranan untuk menyelesaikan masalah sosial ini.

    ReplyDelete
  11. Dalam pendapat saya, remaja haruslah memilih kawan kawan yang beradab dan tahu yang baik dan yang buruk supaya dia tidak dipengaruhi oleh orang lain untuk mambuat perkara perkara yang kurang senonoh seperti merokok, mengambil dadah dan melakukan seks luarnikah. Ibu bapa juga bermain peranan yang penting dalam mengelakkan anak meraka terlibat diri mereka dalam aktiviti aktiviti yang tidak sihat. Tetapi, ibu bapa kini memberi kebebasan kepada anak-anak mereka dan ini menyebabkan jumlah masalah sosial untuk meningkat. Sebab itu, setiap orang termasuk ibu bapa,remaja dan guru harus bertanggungjawab untuk menolong menyelesaikan masalah sosial ini.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Dalam pandangan saya, jumlah remaja-remaja sekarang yang melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan yang kini lebih meningkat dengan pesatnya amat mengecewakan. Saya rasa bahawa remaja- remaja kini harus lebih bijak mimilih kawan-kawan yang baradab dan yang berprilaku baik memainkan kerana ia memainkan peranan penting untuk memastikan bahawa diri kita tidak dipengaruhi dan kawasan sekeliling kita menghasilkan kesan-kesan positif. Jikalau remaja kini harus tidak pintar menolak kawan-kawan yang tidak baik, dan berjaya dipengaruhi, akhirnya ia akan memudaratkan mereka sendiri. Bukan kawan-kawan itu yang akan menjawab untuk mereka ketika dihukum nanti. Bahkan di akhirat juga bukan nmereka yang akan menjawab untuk kita ketika dihisab nanti. Setiap orang bertanggungjawab atas kesalahan mereka sendiri.
    Bagi bab seks luar nikah pula, ramai yang berfikiran bahwa ia adalah simbol percintaan sebuah pasangan bahkan sebuah lagi cara untuk meluahkan perasaan yang mendalam bagi pasangan. Prasangka itu amat salah, kerana ia hanya menunjukkan kegagalan dan kelemahan mereka untuk menahan dan mengawal nafsu.

    Natasha btw abd razak, 3s2

    ReplyDelete
  14. Saya setuju bahawa ibubapa harus memainkan peranan dalam membesarkan anak remaja mereka. Mereka harus mengelakkan anak remaja mereka dari tempat-tempat buruk ini seperti pub, disko atau lain-lain. Jikalau ibubapa tidak memberi perhatian kepada anak remaja mereka, mereka akan melakukan apa-apa yang mereka hendak buat. Ini berbahaya kerena mereka boleh terlibat dalam perkara-perkara yang buruk seperti merokok atau menyalahgunakan dadah. Saya rasa amat lega setelah dapat tahu bahawa MUIS telah membantu menjana remaja terbilang di negara kita. Tanpa mereka, sesiapa akan tahu apa akan terjadi kepada masyarakat Muslim.

    Ashraf 27 3A1

    ReplyDelete
  15. Nama: Farkhanda Chaudhry
    Kelas: 3S2
    Tarikh: 31-01-2011
    Pandangan saya~

    saya merasa bahawa pendapat penulis benar tentang remaja saat ini. remaja saat ini berfikir bahawa agama dan melakukan hal yang benar tidak penting. apa yang penting bagi mereka adalah bagaimana mereka menampilkan diri kepada masyarakat. berdasarkan pada bagaimana mereka melihat dan jika mereka kelihatan menarik atau keren.

    remaja juga cenderung untuk tidak mendengar orang tua mereka, jika mereka tidak melihat orang tua mereka melakukannya sendiri. kepada mereka, orang tua mereka tidak lagi model peranan mereka. mereka tidak benar-benar memainkan peranan penting dalam hidup mereka. kebanyakan remaja peduli teman-teman dan cenderung untuk melakukan apa yang teman-teman mereka lakukan.

    Oleh kerana itu, bukan hanya kesalahan remaja tetapi juga orang tua. mereka tidak membesarkan mereka dan mengajarkan mereka dengan baik sejak muda, dan mengharapkan mereka untuk menjadi anak-anak agama baik ketika mereka yang lebih tua. Oleh kerana itu, saya merasa setiap orang yang mempunyai bahagian untuk memastikan bahawa masalah tersebut tidak akan menyebar.

    ReplyDelete
  16. Pada pendapat saya, perkara seks bebas ini bukan perkara yang boleh dipandang rendah. Saya rasa, perkara ini amat memalukan bukan hanya diri sendiri malah, kepada orang tua kita dan juga kaum melayu/islam di Singapura ini. Bak pepatah, sebab nila setitik, rosak susu belanga.

    Namun begitu, saya pasti bahawa perkara sedemikian bukan kerana keinginan seseorang bersendirian. Saya pasti ia mungkin adalah pengaruh oleh rakan, masalah yang sedang dialami ataupun perhatian yang tidak dicukupi. Jikalau, sesorang remaja itu sedang mengalami perkara tersebut, ia lebih baik agar remaja itu bertemu dengan sesorang pakar ataupun meminta pertolongan daripada Ustaz/Ustazah supaya mereka tidak terpelesong demi masa hadapan mereka.

    Saya juga berasa kagum kerana MUIS juga sedang bercampur tangan untuk mengawalkan masalah sosial yang dihadapi remaja pada zaman kini, yang terutama seks bebas. Dengan cara ini, ia menunjukkan bahawa rakyat Singapura sedang bekerja bersatu padu kerana bukan hanya ibu bapa sahaja yang memberi perhatian untuk anak-anak mereka. Malah, orang melyu/islam kita juga sedang membantu untuk menjaga nama baik kaum melayu/islam kita. Saya berharap beberapa tahun kemudian, masalah sosial remaja dapat dikurangi.

    NURUL SYAZWANY, 4N2'11 :>

    ReplyDelete
  17. Perkataan seks bukan lagi asing bagi remaja-remaja kini. Malah ada diantara mereka telah melihat atau pernah melakukan perbuatan tidak senonoh itu. Mungkin bagi mereka seks adalah seperti memegang tangan atau berpelukkan sahaja. Di sekolah mereka juga dididik dengan adanya pendidikan seks. Namun, remaja ini tidak menggunakan pelajaran itu dengan sempurna. Remaja kini seperti melakukan perbuatan sebaliknya. Maksudnya apabila disuruh untuk menjauhi merokok, mereka mendekatinya. Apabila disuruh untuk mendekati pelajaran agama mereka jauhi.

    Seks bebas tidak dapat dielak kerana remaja zaman kini telah dibesarkan dengan cara yang amat berbeza daripada zama nenek moyang kita. Dengan teknologi yang sedang berkembang ibu bapa harus menambah pengalaman supaya mereka mempunyai pekerjaan yang tetap untuk memberi nafkah kepada keluarga mereka. Apabila mereka sebuk dengan masalah tersendiri, mereka tidak mempunyai masa yang luas untuk meluangkan dengan anak mereka.

    Dengan adanya Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) perkara ini dapat dikurangi tetapi masih terdapat lagi remaja yang jalan mereka tidak betul. Ini mungkin kerana MUIS tidak mendekati masyarakat dengan lebih dekat. Namun, MUIS tidak boleh dipersalahkan kerana mereka sudah mencuba sedaya dengan mendekati masyarakat Melayu di Singapura. Mereka juga dekati golongan remaja dengan adanya MCYS dan sebagainya.

    Taswim, 4N2 2011

    ReplyDelete
  18. Seks bebas. Ini adalah sesuatu perkara yang sering di lakukan oleh remaja-remaja zaman sekarang. Malah, tidak semua remaja yang melakukan perkara yang tidak senonoh ini, hanya beberapa sahaja. Pada zaman kini, remaja-remaja tidak mendengar nasihat yang diberi oleh orang tua mereka.

    Seks bebas mungkin datang dari perkara 'Cultural Imperialism' . Ini bermakna seks bebas datang dari luar negeri dan ia telah menjadi sesuatu tren yang remaja-remaja kini ikutkan.

    Namun, ini adalah sesuatu perkara yang malu dibuatnya. Kita harus hentikan perkara ini kerana ramai perempuan yang menjadi mangsa seks bebas ini dan akhirnya menghilang maruah diri. Mereka pula nanti akan mengandung dan 'bapa' kepada anak itu akan menghilangkan diri.

    Kita juga harus bersyukur bahawa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah mencuba hentikan perkara ini. Jika MUIS tiada ada di sisi Islam, mungkin perkara seks bebas ini akan menjadi lebih teruk dan memalukan.

    Nasrullah :DD 4N2 2011

    ReplyDelete
  19. Seks bebas ialah suatu isu yang amat diperbualkan pada zaman sekarang.

    Pada pendapat saya, risiko yang akan dialami seseorang yang melakukan seks bebas amat membahayakan dan memalukan diri sendiri serta keluarganya. Seks bebas boleh membuat si perempuan mengandungkan seorang bayi yang tidak dikehendakinya. Dan ini akan membuat si perempuan menggugurkan kandungan itu kerana tidak mahu menanggung malu dan bayi itu. Selain itu, melibatkan diri dalam seks bebas boleh membuat seseorang itu dijangkiti dengan virus-virus yang boleh membawa maut, seperti AIDS. Ini amat membimbangkan.

    Ibu bapa memainkan peranan yang besar untuk memastikan bahawa anak-anak mereka tidak terlibat dalam seks bebas. Ibu bapa harus sentiasa memerhatikan dan mengingatkan anak-anak mereka tentang keburukkan seks bebas. Sekolah juga boleh bantu dengan mengadakan kempen-kempen "pembuka mata" supaya anak-anak remaja menjauhi seks bebas.


    Muhd Nash Bin Salleh

    ReplyDelete
  20. bagi pendapat saya, seks bebas adalah kelakuan yang paling memalukan oleh masyarakat islam. Kita hanya boleh melakukan seks jikalau kita sudah berkahwin. Jikalau remaja sekarang takut kerana hamil,perkara buruk yang mereka akan lakukan ialah,mengadakan "love bites" di leher si gadis.Ini menunjukkan bahawa si gadis ini sudah tidak suci lagi.

    Cara-cara terbaik untuk mengatasi sebegini,
    ibubapa dan anak-anak juga harus bermain peranan. Contohnya, si ibu atau ayah boleh mengawasi jejak langkah anak-anak mereka dengan mengambil tahu dimana mereka pergi dan juga dengan siapa. Anak-anak pula harus memberi tahu kemana mereka hendak pergi dan lebih baik jikalau diberi nombor telefon kawan mereka kepada ibubapa mereka.

    ReplyDelete
  21. Pada pendapat saya, perbuatan seks bebas antara kaum kita sendiri tidak sepatutnya diadakan kerana ia amat memalukan dan ia amat menggelikan. Saya rasa bahawa pehubungan seks tidak patut diakan terus kerana is memalukan nama keluarga, nama kita, maruah kita dan juga kaum kita. Saya sebagai seorang Melayu, saya berasa malu kerana mereka tidak menghairankan jika perbuatan mereka ini bagus atau tidak.
    Saya rasa mereka patut bincangkan jika perhubungan yang hendak mereka melakukan itu etul atau tidak dan salah atau tidak mengikuti syarat-syarat Islam. mereka harus tahu bahawa jika mereka melakukan ini, mereka akan mendapat anak yang haram dan anak ini pula boleh menjadi mangsa kepada persekitaran yang akan menurunkan penghargaan diri dan kepercayaan diri.

    Cara-cara untuk mengatasi masalah ini ialah untuk mereka menjauhkan diri daripada teman-teman yang berpengaruhan jahat. Mereka juga boleh dapatkan bantuan daripada talian-talian yang disediakan untuk menolong remaja-remaja seperti mereka. Mereka yang bermasalah patut berbincangkan krisis ini dengan ibubapa atau kaunselor mereka dengan segara supaya jika remaja itu mendapat seorang anak, ibu bapa tidak akan terlalu terkejut dan panik.

    SARAH RAKHEL FASEHA 4N2. :D

    ReplyDelete