SINGAPURA
DIDAPATI SALAH DERA PEMBANTU RUMAH
Wanita dihukum penjara 12 bulan, anak pula enam bulanOlehNurulhuda S. M. Albukhari
SEORANG wanita dan anak lelakinya didapati bersalah mendera pembantu rumah mereka antara 17 dengan 19 Februari 2007.
SEORANG wanita dan anak lelakinya didapati bersalah mendera pembantu rumah mereka antara 17 dengan 19 Februari 2007.
Munirah Abdullah, 47 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan sementara anaknya, Mohamed Sirat Abu, 28 tahun, menerima hukuman penjara selama enam bulan.
Ibu empat anak yang dilihat menangis teresak-esak sebelum perbicaraan dimulakan, menghadapi tiga tuduhan, manakala anak sulungnya satu tuduhan.
Mahkamah diberitahu, Munirah menuduh amahnya, Cik Luluk Wiji Utami, 30 tahun, mencuri wangnya di flatnya di Sengkang pada 17 Februari 2007.
Apabila anaknya, pegawai penguatkuasaan dengan syarikat keselamatan Certis Cisco, Mohamed Sirat Abu, 28 tahun, pulang pada malam itu, amah itu dipanggil ke bilik dan disoal.
Munirah, seorang ibu tunggal, dan anak sulungnya itu lalu menampar dan menendang Cik Luluk.
Munirah, seorang ibu tunggal, dan anak sulungnya itu lalu menampar dan menendang Cik Luluk.
Mereka juga memegang rambutnya dan menghayunkan kepalanya. Keesokan harinya, Munirah menyoal pembantu warga Indonesia itu mengenai wang yang hilang itu lagi. Apabila amah itu menafikan bahawa beliau mencuri, Munirah menumbuk mata kirinya.
Pada hari ketiga pula, Munirah menggunakan sudip besi untuk memukul pembantunya di tangan hingga ia pecah kerana tidak berpuas hati dengan cara amahnya membersihkan salah satu kipasnya.
Dia kemudian menggunakan sudip besi yang sudah patah itu untuk mencucuk bibir, paha kanan dan paha kiri mangsa.
Dalam permohonan mereka kepada Hakim Daerah, Encik Roy Neighbour, peguambela emak dan anak itu, Encik Rudy Marican, meminta mahkamah meringankan hukuman.
Beliau memberitahu mahkamah bahawa ibu tunggal yang penyayang itu berhadapan dengan pelbagai masalah termasuk semput yang teruk dan kronik selain masalah kewangan.
'Kerana masalah mereka, Munirah berkelakuan seperti itu, sementara Sirat risaukan keadaan ibunya yang sering mengadu kepadanya. Mereka sangat menyesal,' ujar Encik Rudy
1) Berikan reaksi kamu setelah membaca artikel ini.
2) Pada pendapat kamu, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh majikan dalam setiap situasi-situasi yang berlaku?
3) Sekiranya kamu menjadi hakim, apakah hukuman yang kamu fikir setimpal yang akan dijatuhkan terhadap majikan tersebut? Mengapa?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletereaksi saya tentang artikel ini selepas membacanya ialah kasihan terhadap amah itu yang cedera teruk. saya juga rasa amat marah kerana wanita yang berumur 47 tahun yang mendera seperti mencocoknya di bibir dan kedua dua pehanyadan termasuk menumbuknya.
ReplyDelete1) Saya terasa terkejut Selepas membaca artikel ini kerena mereka telah mencedera pembantu mereka kerana dia telah membuat kerja dengan kemalasan dan mereka tuduh yang pembantu mereka telah mencuri duit mereka. Saya rasa yang mereka tidak harus membuat bergini dan boleh berbual dengan Penmbantu mereka. Mereka boleh mula menyoal pembantu mereka dan menyiasat lagi. Lagi pun, Mereka telah mencedera pembantu mereka kerana die tidak membuat kerja die dengan betul dan saya rasa mereka harus mengajar Pembantu mereka dengan Betul.
ReplyDeleteBy Hidir.
1. Reaksi saya amat terkejut dan kasihan kepada amah yang didera itu. Ini kerana saya tidak percaya wujudnya seorang majikan yang sangat tidak berhati perut seperti ini. Ia juga tidak dapat dibayangkan oleh akal bahawa ada manusia yang tidak dapat mengawal amarahnya dan sanggup mendera seorang amah dengan keganasan yang sebegini teruk sekali. Saya juga kasihan terhadap amah tersebut kerana beliau didera walaupun beliau tidak bersalah. Majikannya juga tidak mempercayainya malah didera dan dimarah.
ReplyDeleteFarhana 5n1: to be continued...
1)saya amat terkejut dengan artikel yang dibentangkan.tidak wajar bagi seseorang itu memperlakukan sedemikian.walaupun pembantu tersebut melakukan kesalahan,sebaik-baiknya adalah menegur.bukan dengan cara mendera.jangan dipandang rendah ke atas pembantu kerana mereka juga manusia.mempunyai hati dan perasaan.setiap manusia juga melakukan kesalahan,lantas tiada salah menegur atau memperbaiki kesalahan tersebut tetapi bukan dengan mendera.
ReplyDelete2)dalam situasi-situasi sedemikian,majikan harus menyoal dahulu.selidik latar belakang.cari punca masalah.teliti betul-betul agar tidak membuat keputusan yang terburu-buru.membuat keputusan yang wajar.pihak kepada pihak yang benar.walaupun setelah diperiksa dan disoal-siasat,dan ternyata pembantu tersebut didapati bersalah.janganlah mendera pembantu tersebut dengan menampar, menendang, menumbuk dan sebagainya.ia dianggap seperti mendera secara fizikal.malahan,seseorang itu haruslah bersabar dalam menangani masalah ini.yang paling wajar adalah memaafkan pembantu tersebut.jikalau perkara ini berulang lagi,serahkannya kepada pihak polis untuk menyiasat.
siti noraishah 5n2
1) Saya amat terkejut akan membaca artikel tersebut. Pada pendapat saya,wanita tersebut dan anaknya itu sudah hilang akal hingga mendera pembantu rumah mereka dengan cara yang kejam. Sebagai seorang manusia,saya rasa amat terkejut dengan kelakuannya.
ReplyDelete2)Pada pendapat saya,majikan-majikan haruslah bersabar dari separuh iman mereka dan menyelesaikan masalah itu dengan cara yang betul. Majikan tersebut tidak sepatutnya memukul,menendang dan menggunakan keganasan untuk memarahi amahnya. Selain dari cara-cara kejam itu,majikan itu boleh sahaja memarahi amahnya ataupun memotong duit hariannya.
to be continued..
-zafirah 5N1
1) Saya sangat terkejut setelah membaca artikel ini. Kekejaman majikan itu terhadap amahnya sugguh kasar, dan ia boleh membunuh amah tersebut. Majikan itu tidak sepatutnya buat begitu, kerana amah itu adalah manusia juga. Anak Munirah Abdullah tidak sepatutnya mendera amahnya dan menyokong ibunya. Dia sepatutnya mencari bukti jika amahnya benar-benar merncuri wangnya.
ReplyDeleteNoor A'ishah (5N2)
.. To be continuedddd.
ALIFF
ReplyDelete1)Reaksi saya setelah membaca artikel ini amat begitu terperanjatkan kerana tidak sangka ada orang yang membuat perbuatan yang buruk itu di negeri ini.Mereka telah memukul dan menuduh pembantu rumah, Cik Luluk kerana tidak mejawap soalan mereka itu.Munirah ada lah seorang yang dituduh kerana dia terlibat dalam kes itu.Dia yang mendera Cik Luluk.Cik Luluk difitnah mencuri wang darinya.Pada pendapat saya, perbuatan buruk ini selalu berlaku. Antara sekeluarga dan pembantu rumah.Perhubungan antara mereka tidak begitu bagus yang mengakibat perbuatan buruk ini berlaku.....
1) Saya rasa agak kesian untuk pembantu rumah itu iaitu cik Luluk. Saya juga terperanjat dengan kelakuan cik Munirah itu. Dia tidak sepatutnya mendera pembantu rumah itu oleh kerana mempunyai masalah seperti masalah kewangan untuk kesakitannya. Dia mendera cik luluk dengan berbagai cara yang menyakitinya. Cara-caranya adalah seperti menumbuk di matanya dan menggunakan sudip besi untuk megetuk tangannya hingga pecah. Saya rasa anaknya tidak patut dihukum kerana dia tidak bersalah kerana tidak tahu apa-ape. Ibunya sendiri telah membohong kepadanya dan sebab itu die telah melakukan perbuatan itu semua. -asraf
ReplyDelete1. Reaksi saya selepas membaca artikel ini ialah terkejut. Saya tidak sangka bahawa seorang warga Singapura, seorang majikan yang boleh membuat perkara sebegini. Saya tahu bahawa mencuri itu bukan sahaja sebuah kebiasaan yang susah untuk dihaous tetapi perbuatan Cik Munirah itu juga salah. Cik Munirah dan anak sulungnya bagai hilang akal kerana walaupun perkara itu sebeberapa buruk, beliau tidak patut berlebihan hingga mendera Cik Wiji hingga begitu.
ReplyDelete2. Pada pendapat saya, saya rasa majikan rumah harus duduk dan berbicara sama pembantu rumah dahulu sebelum tuduh-menuduh pembantu rumah yang sama ada bersalah atau tidak. Mereka juga harus memikir bahawa perkara yang dilakukan mereka itu tepat pada masalahnya atau tidak kerana jika ia tidak tepat pada masalahnya, pembantu rumah juga boleh mengeluh pada kerajaan dan konsekuensi yang majikan rumah akan menghadapi juga amat parah jika bermasalah dengan wang dan sebagainya.
3. Sekiranya saya menjadi hakim, hukuman yang saya akan memberi majikan tersebut ialah pemulihan dan penjara kerana beliau tidak tahu untuk mengawal dirinya dengan sempurna. Beliau, sebagai seorang majikan, harus mempunyai sifat yang tanggungjawab atas kesihatan dan kesejahteraan dan bukan sifat sebagai orang yang tidak tahu menghargai hak kemanusiaan. Dari segi seorang majikan, mencuri duit itu memang salah kerana majikan telah bekerja keras untuk mendapatkan rezeki untuk keluarga sendiri dan untuk pembantu rumah. Pembantu rumah juga harus berfikir bahawa perkara yang dilakukannya juga salah. Beliau sepatutnya menuggu untuk majikan membayar duit pekerjaannya dan jika majikan tidak mengalah, pembantu rumah boleh berikan dorongan supaya majikan boleh membayar mereka.
Sarah Rakhel Faseha :D 3N2
1) Saya begitu kecewa dan terkejut dengan kelakuan Munirah terhadap pembantu rumahnya. Walaupun dia seorang pembantu rumah, dia tetap seorang manusia dan dia juga mempunyai perasaan. Sebagai seorang beragama Islam, kita patutlah menghargai setiap manusia die buka bumi ini. Kita tidak patutlah pandang rendah terhadap orang miskin seperti pembantu rumah yang mengalami kejadian tersebut. Ia tidak wajar untuk seseorang mempergunakan orang sebagai hambanya. Ini perkara yang diharamkan dalam segi agama Islam. Saya juga rasa kelakuan Cik Munirah untuk tidak wajar. Sebagai seorang agama Islam, dia patutlah tahu selok-belok tentang polisi di Singapura. Saya betul-betul terperanjat dengan sikap Cik Munirah. Saya harap dia dapatlah bertaubat selepas kejadian ini dan janganlah memandang rendah terhadap pembantu. Mereka juga manusia bukan hamba atau binatang kita. Jikalau Cik Munirah ingin orang menghormati dirinya, dia harus belajar untuk menghormati diri orang lain dahulu.
ReplyDelete2) Pada pendapat saya, majikannya patutlah menghormati alasan yang diberi pembantu rumah mereka juga walaupun mereka pernah sesekali menipu. Setiap manusia tidak dapat lari daripada kesilapan dan Cik Munirah harus membuat perbandingan dahulu. Cik Munirah tidak sepatutnya menumbuk mata Cik Luluk kerana itu dianggap sebagai mendera secara fisikal. Ini akan menukar menjadi kes polis bukan lagi antara Cik Munirah dan Cik Luluk. Cik Munirah akan melalui akibatnya. Akibatnya akan berasa lebih perit daripada apa yang telah dia lakukan terhadap Cik Luluk kerana ini telah dinamakan kes penderaan. Yang kedua, Cik Munirah juga boleh duduk berbual dengan pembantunya dan memberi dia amaran. Saya rasa kelakuan ini lebih wajar. Ia tidak melibatkan penderaan dan juga pihak polis. Kita hanya perlu mengaku kesalahan kita dan bersikap jujur. Dengan itu, masalah akan dipecah dengan lebih cepat.
3) Sekirannya saya menjadi hakim, saya akan menghantar majikan tersebut ke pusat pemulihan untuk mengubah perangainya yang begitu biadap dan tidak berhati perut. Saya ingin dia menjadi seorang yang menghargai dan juga menghormati perkhidmatan yang diberi oleh mana-mana pembantu rumah. Dia yang bakal terus hidup di dunia ini. Jikalau dia tidak diterima oleh masyarakat melayu, bagaimana dia ingin bertahan? Orang akan mula mengata tentangnya dan sebab itulah dia harus berubah dan menunjukkan bahawa dia bukan lagi majikan yang kasar itu. Lama-kelamaan, orang pun akan mula lupa kerana kita hanyalah manusia. Yang kedua, saya akan jatuhkan hukuman penjara untuk 4 tahun terhadap majikan tersebut. Semasa 4 tahun ini, saya ingin dia mencerminkan sikapnya terhadap Cik Luluk dahulu. Dia juga akan mula sedar tanpa bantuan sesiapa tetapi dirinya sendiri. Dengan cara ini, dia akan lebih bergantung kepada dirinya kerana dia tahu bahawa dia harus menukar dirinya untuk keluar dari penjara dan juga untuk masyarakat menerimanya kembali.
Nur 'Aisyah (5N1)
1) Setelah membaca artikel ini, saya tidak sangka bahawa seorang ibu yang ngakunya seorang yang penyayang sanggup memukul bantai amahnya. Padahal, dialah yang selama ini membantu membersihkan rumah beliau dan seharusnya Puan Munirah menghargai apa yang dilakukan oleh amahnya. Saya jijik dengan orang-orang seperti Puan Munirah lebih-lebih anak lelakinya, Mohamed Sirat Abu, seorang pegawai penguatkuasaan dengan syarikat keselamatan Certis Cisco juga turut mengikut ibunya mendera amah itu.
ReplyDelete3) Sekiranya saya hakim, saya tidak akan meringankan hukuman yang telah dijatuhkan kepada Puan Munirah dan anaknya itu kerana mereka harus menghadapi hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka itu.
Nur Atiqah(30)
4E4
2) Pada pendapat saya, Puan Munirah seharusnya pecat sahaja amahnya jikalau beliau pasti bahawa dialah yang telah mencuri wangnya. Kita tidak perlu membalas dendam kepada seseorang yang telah berbuat jahat kepada kita kerana mereka akan dihukum dengan sendirinya atas perbuatannya. Kini Puan Munirah pasti menyesal kerana telah mendera amahnya dan beliau yang akhirnya menerima padahnya, bukan pembantu itu.
1) Saya berasa amat kecewa terhadap majikan amah itu. Dia telah menuduh amah itu mencuri wangnya dan telah memukul amah sehingga amah itu cedera. Ini juga telah meningkatkan kes mendera amah di kalangan masyarakat Melayu tempatan. Anak majikan itu juga bersalah kerana menolong ibunya memukul amah itu.
ReplyDelete2) Pada pendapat saya, majikan-majikan ini perlu berbincang dengan amah mereka bahawa adakah mereka yang mecurinya. Jikalau amah itu tidak ingin bercakap, bawanya ke kaunselling. Majikan mesti mempunyai kesabaran dan tabah sebelum membuat sesuatu kejahatan seperti memukul dan mendera amah itu.Apabila majikan mula memukul dan mencederakan amah mereka, mereka akan dimasuki ke penjara. Sekiranya majikan itu tidak puas hati terhadap kelakuan amahnya, dia boleh memecatnya dan tidak perlu memukul.
3) Jikalau saya menjadi hakim, saya akan menghantarnya ke penjara dan dalam penjara itu mereka akan dikaunsel supaya dapaat mengubah dirinya. Dengan adanya kaunselling terhadap majikan, majikan itu akan terfikir di otaknya mengapakah dia harus memukul amah itu dan tidak berbicara.
1) Saya amat terkejut kerana majikannya ini tidak sepatutnya memukul amahnya walaupun amahnya mencuri. Namun,kes ini ialah amahnya dituduh dan dipukul oleh majikannya hingga cedera. Ini akan meningkatkan kes mendera amah dan ini menunjukkan satu kesan yang buruk kepada masyarakat Singapura.
ReplyDelete2) Majikan boleh duduk dan bicara dengan amahnya. Majikan tidak sepatutnya menuduh sembarangan,ini akan membuat amahnya lagi takut dan memukul amahnya bukan cara yang baik untuk hukumannya.
3) Saya akan memasukkan majikan itu ke penjara dan memberi kaunselling. Ini akan menyedarkan dirinya apa kesalahannya dan dalam masa hadapan,dia tidak akan buat lagi perkara yang sama.
Type Out By : Nasrullah,3n2 =D
1)Setelah membaca artikel tersebut, saya berasa teramat terkejut akan berita tersebut. Ia disebabkan bahawa masyarakat melayu tidak digalakkan untuk membuat sesuatu perkara tanpa berfikir dengan mendalam. Yang membuat saya lebih terkejut adalah majikannya sanggup untuk membalas kemarahannya dengan segi fizikal. Ia bukan hanya sehari yang amahnya didera, malahan pula, ia selama tiga hari berturut-turut.Juga, anak majikannya, seorang pegawai penguatkuasaan dengan syarikat keselamatan Certis Cisco, tergamak untuk mengikut gerak-geri ibunya terhadap amahnya.
ReplyDelete2)Walaupun perbuatan amahnya adalah kesalahan yang agak berat dalam pekerjaannya di negeri orang, ia tidak semestinya amahnya diajar untuk sedar akan kesilapannya melalui segi fizikal. Sepatutnya, majikannya seharusnya duduk bersama amahnya dan diajak berbincang akan masalah amahnya. Mungkin juga, majikannya ada cadangan yang lebih baik untuk menyelesaikan masalahnya tanpa mencuri wangnya. Jika majikannya tidak boleh tahan lagi akan perangai amahnya, mereka boleh sahaja memhantarnya pulang ke tempat asalnya.
Ia lebih baik daripada menyiksa amahnya.
3)Jikalau saya adalah hakimnya, saya tidak akan meringankan tindakan yang ingin dijatuhi kepadanya semudah itu kerana majikannya telah melebihi tahapnya untuk melepaskan kemarahannya secara fizikal malah, tangan amahnya patah. Jika majikannya benar-benar malalui kondisi yang serius, saya akan meringankan tindakannya tetapi menghantar majikannya ke pakar kaunselor yang dapat pengaruh majikannya daripda membuat perkara yang buruk.
Diselesaikan oleh: NURUL SYAZWANY(31), 3N2'10!
sambungan dari soalan 2.
ReplyDelete....Majikan-majikan haruslah membuat siasat dahulu,iaitu menyelidik latar belakang masalah dan puncanya. Janganlah mendera gara-gara masalah kecil,tiada faedahnya kerana akhirnya,majikan tersebut akan dihukum juga atas perbuatan dan kesalahannya yang kejam itu.
3)Sekiranya saya menjadi hakim,saya akan memberi hukuman yang setimpal kerana perbuatannya yang kejam itu telah mengambil nyawa seorang manusia dan juga anak seseorang. Mereka juga harus merasai kesakitan yang amah tersebut melalui,jadi mereka sedar akan perbuatan mereka yang kejam itu. Saya juga akan menyoal majikan tersebut kenapa dia telah membuat perbuatan sedemikian terhadap amahnya walaupun masalahnya kecil dan boleh diselesaikan dengan cara yang betul selain daripada memukul atau mendera.Perbuatan mereka itu tidak boleh diterima lalu hukuman yang keras harus dijalankan.
1. Reaksi saya amat terkejut dan kasihan kepada amah yang didera itu. Ini kerana saya tidak percaya wujudnya seorang majikan yang sangat tidak berhati perut seperti ini. Ia juga tidak dapat dibayangkan oleh akal bahawa ada manusia yang tidak dapat mengawal amarahnya dan sanggup mendera seorang amah dengan keganasan yang sebegini teruk sekali. Saya juga kasihan terhadap amah tersebut kerana beliau didera walaupun beliau tidak bersalah. Majikannya juga tidak mempercayainya malah didera dan dimarah. Kedua anak beranak itu tidak seharusnya bertindak melulu dan mendera pembantu rumah mereka dengan begitu teruk. Mereka sepatutnya menyiasat dan bertindak bijak sebelum membuat sebarang tuduhan. Kedua anak beranak itu telah membuat kesilapan dengan tidak mencari bukti kukuh untuk menuduh amah yang tidak bersalah itu. Mereka harus belajar mengawal kemarahan mereka dan bersikap tenang.
ReplyDelete2. Saya rasa majikan sepatutnya siasat dan bertanya dengan elok jika ada situasi sebegini berlaku. Majikan harus bijak mengawal amarah dan tangani masalah ini dengan tenang. Sepatutnya majikan tidak harus mengunakan kekerasan terhadap pembantu rumah malah harus bertanya dan jangan menuduh. Mereka juga harus mempercayai pembantu rumah mereka dan harus selalu bertanya sebelum bertinadak dan membuat keputusan yang tidak wajar. Seorang majikan yang bijak tidak akan mengalami masalah untuk menangani masalah yang melanda. Seorang majikan seharusnya berfikiran terbuka dan harus sedia menegur dan menasihati pembantu rumah mereka kerana mereka datang dari negara jauh untuk bekerja, Ada yang masih muda dan fikirannya belum matang untuk membuat kerja rumah. Majikan seharusnya bertolak ansur dengan pembantu rumah bukan melayan mereka seperti hamba abdi. Mereka juga adalah manusia biasa, mempunyai perasan untuk dijaga dan penat yang dirasai.
3. Jika saya menjadi Hakim saya akan memberi hukuman menyuruh mereka tidak boleh menyentuh pembantu rumah mereka selama sebulan dan memberi wang kepada pembantu rumah mendapatkan rawatan.. Ini kerana ingin melihat bahawa mereka benar-benar menyesal dengan tindakan mereka terhadap pembantu rumah mereka itu. Ini juga akan memberi masa kepada si pembantu rumah itu untuk sembuh sepenuhnya. Di samping itu, Cik Munirah dan anaknya Sirat seharusnya menolong Cik Luluk membuat kerja rumah supaya kecederaan yang dialami Cik Luluk cepat sembuh. Cik Luluk just harus berhati hati dan bersikap cepat jika beliau didera oleh mereka lagi. Cik Luluk harus menyediakan bukti kukuh untuk diserahkan kepada pihak polis juika ada sekiranya salah satu antara mereka mendera Cik Luluk. Saya juga akan menyuruh pihak polis supaya selalu membuat rondaan dan memeriksa keadaan Cik Luluk. Saya juga akan menyuruh keua anak beranak itu meminta maaf dan janji tidak akan melakukannya lagi.
Nurul Farhana Osman (21)
5N1.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletea) Saya rasa amat terperanjat dengan perbuatan Cik Munirah dan anak sulungnya itu. Pada masa yang sama juga, saya amat berasa amat kasihan terhadap amah tersebut. Cik Munirah dan anaknya tidak sepatutnya mendera amah mereka tanpa mengetahui hal sebenar. Mungkin Cik Munirah telah meletak wangnya di tempat lain dan tidak ingat mana diletak wangnya itu. Dengan ini, beliau menggunakan alasan wang hilang untuk mendera amahnya. Sepatutnya, Cik Munirah harus menyelidik dahulu, sebelum mengambil tidakan yang sewajarnya. Tindakan beliau yang tanpa bukti ini telah mencederakan amahnya secara mentak dan fizikal.
ReplyDeleteb) Pada pendapat saya, si majikan haruslah menyelidik dahulu. Tanyakan pada si amah jika beliau benar-benar telah mengambil barang-barang kepunyaan majikan. Majikan juga harus menasihati amah bahawa mengambil hak majikan adalah salah, dan bukan mendera amah dengan memukul. Amah itu juga seorang manusia, mereka ada perasaan. Jika mereka seringkali didera, mereka akan rasa tertekan dan takut kepada si majikan.
c) Majikan harus menjalani hukuman penjara dan menjalani kaunseling. Hukuman penjara kerana ini akan memberi pengajaran kepada si majikan agar tidak mengulangi kesilapan mereka. Mereka akan tahu bahawa perbuatan mereka itu membawa padah, dan mereka akan mendapat pengajaran daripada kesilapan mereka. Menjalani sesi kaunseling agar majikan akan dapat mengawal perasaan mereka sebelum mengambil tindakan kasar. Sesi kaunseling juga akan membantu mereka kerana mereka akan diberi nasihat bagaimana ingin menangani masalah amah mereka.
:Muhd Suhaimi 4E3
1) Kejadian seperti ini sudah sering berlaku di kalangan masyarakat kita.Oleh itu, tidak hairanla jika ia berlaku lagi. Kebanyakan kes-kes penderaan melibatkan keluarga Melayu. Saya rasa perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab itu amatlah memalukan.Mereka bukan sahaja mencemar nama baik orang Melayu, bahkan reputasi Singapura turut terjejas. Oleh yang demikian, amah-amah yang ingin bekerja di sini akan fikir beberapa kali sebelum membuat keputusan. Selain itu, saya turut berasa simpati terhadap mangsa. Beliau hanya datang untuk mencari rezeki tetapi akhirnya beliau didera teruk oleh majikannya.
ReplyDelete2) Majikan hendaklah menyiasat dan menelidik dahulu. Mereka tidak harus membuat keputusan tanpa usul periksa. Jika benar si amah telah mengambil wangnya, majikannya harus mencuba sedaya upaya untuk berbincang dan menasihatinya dengan baik. Penderaan merupakan cara yang terakhir untuk menyelesaikan masalah ini. Majikan juga boleh mengambil tahu jikalau si amah mempunyai masalah. Mungkin majikan boleh membantu menyelesaikan masalahnya.
3) Saya rasa hukuman paling sesuai untuknya adalah hukuman gantung atau 10 kali sebat dengan rotan dan/atau penjara seumur hidup. Ini adalah disebabkan perbuatannya yang sungguh keji dan zalim. Majikannya boleh dikatakan berkelakuan seperti binatang. Dia tidak mempunyai perasaan untuk orang lain. Dia hanya mendera amahnya tanpa belas kasihan.
Mungkin hukuman di atas adalah terlalu keterlaluan untuk majikan tersebut. Saya rasa hukuman yang setimpal adalah penjara untuk beberapa bulan. Ini adalah supaya beliau dapat berasa serik dan tidak akan mengulangi perbuatannya lagi. Keadaannya yang tidak sihat juga menghalangnya daripada menerima hukuman berat.
Muhd Helmi 4e1
1. Apa yang telah dilakukan oleh Cik Munirah dan anak sulungnya terhadap amah mereka, Cik Luluk, amat mengejutkan. Perbuatan mereka tidak secara berperikemanusiaan dan saya berasa belas kasihan terhadap Cik Luluk oleh kerana penderaan yang dia terpaksa menghadapi. Selain daripada penderaan secara fizikal, Cik Luluk mungkin menghadapi trauma setelah apa-apa yang telah berlaku.
ReplyDeletePerkara-perkara yang dilakukan oleh Cik Munirah juga telah dapat menunjukkan bahawa isu-isu yang melibatkan wang boleh menjadikan manusia untuk melupakan dirinya sendiri dan melakukan perkara-perkara yang tidak rasional.
2. Pada pendapat saya, majikan perlu menyelidik situasi dan berfikir dengan secara rasional tentang apa yang telah berlaku. Majikan juga patut menyoal amahnya dengan cara baik dan menasihatinya tentang akibat-akibat jika perbuatan amah tersebut adalah benar. Kita semua mesti tahu bahawa kita tidak perlu mengguna cara-cara fizikal untuk menyelesaikan situasi oleh kerana ada cara-cara lain yang baik.
3. Hukuman penjara yang telah dijatuhi kepada Cik Munirah dan anak sulungnya patut menjadi lebih berat oleh kerana perbuatan mereka terlalu dahsyat dan mungkin telah merosakkan cita–cita Cik Luluk untuk mencari rezeki di Singapura. Oleh kerana mereka telah memberikan penderaan yang dahsyat terhadap seorang manusia, mereka mesti dijatuhi hukuman berat seperti hukuman penjara yang lama supaya ia akan menghalang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang sama pada masa hadapan.
Muhd Nabil 4e4
1) Saya berasa amat terkojot dan marah setelah membaca artikel tersebut. Terkejut kerana kelakuan Cik Munirah dan anak sulungnya itu sangat melampau. Mereka bukan sahaja telah melakukan kesalahan yang serius, malah telah mencederakan amah tersebut dan boleh menyebabkan kecacatan fizikal terhadap amah tersebut. Saya berasa marah kerana perbuatan mereka itu kejam. Perasaan kasihan dan sedih juga timbul di hati. Kasihan terhadap amah tersebut yang telah didera secara keterlaluan sehingga beliau cedera.
ReplyDelete2) Pada pendapat saya, majikan harus selidik dan siasat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan. Majikan tidak seharusnya menuduh sembarangan lebih lebih lagi dalam situasi yang melibatkan wang. Mungkin anak-anak Cik Munirah yang lain sengaja mengambil kesempatan tersebut? Cik Munirah seharusnya menyimpan wangnya dengan selamat supaya kejadian mencuri tidak akan berlaku. Majikan juga tidak seharusnya menggunakan keganasan terhadap amahnya kerana ia merupakan satu tindakan yang tidak matang. Ia bukana sahaja menunjukkan sikap buruk majikan malah ia juga menunjukkan berapa tidak matangnya majikan apabila menghadapi situasi seperti ini. Majikan harus bersikap tolak ansur dan belajar dari keselipan kerana lalai sehingga wangnya dicuri dan tidak menuduh sebarangan.
3) Sekiranya saya menjadi hakim, saya akan menjatuhkan hukuman rejam sampai mati kerana kelakuan mereka sangat keji dan memalukan.
Muhd Farhan bin Mohd
4E4
1) Saya amat kesian pada pembantu rumah itu.Beliau hanya ke Singapura untuk mencari nafkah tetapi akhirnya didera.
ReplyDelete2) Majikannya patut menyelidik bahawa amah itu memang mencuri ataupun tidak.Jika amah itu mencari pun,beliau patut diberi amaran sahaja dan bukan didera dengan sangat dasyhat walaupun beliau tidak bersalah.Masalah-masalah seperti begini tidak harus diselesaikan dengan cara-cara fizikal.Sekiranya amah itu bersalah,beliau boleh diserahkan ke pihak polis untuk disiasat dengan lebih mendalam.
3) Jika saya menjadi hakim,saya akan memberi majikan dan anaknya hukuman yang lebih berat,seperti hukuman penjara yang lebih lama kerana penderaan mereka terlalu dasyhat.Majikan dan anaknya terlalu zalim terhadap Cik Luluk itu.Memang patut jika anaknya juga disebat dengan rotan apabila di penjara.
Shahmi 4E3
1)Saya rasa ini amat melucukan kerana artikel ini seakan-akan sedang menyebelahi keluarga yang mendera pembantu rumah itu dan sedang mencari simpati atau memberi alasan kepada penderaan itu. Jika ibu itu sememangnya seorang yang penyayang dia tidak akan mendera pembantu itu sebaliknya menolong dia jika dia memerlukan pertolongan dan memaafkan pembantu itu dan membuat dia janji tak akan lakukan itu lagi. Ini juga membuktikan dia adalah orang yang sakit yang tidak menghargai kehidupan, kerana memukul dan mendera manusia lain dalam keadaan kesakitan sendiri, dia sepatutnya tahu apa rasanya sakit dan tidak berani dera orang lain kerana tahu betapa sakitnya.
ReplyDelete2)Dia sepatutnya siasati bagaimana dan mengapa amah itu mengambil duit itu. Dia juga patut tanya adakah amahnya dalam kesusahan dan patut menolongnya, sebagai seorang yang penyayang. Dia juga patut memberi amaran jika dia ulangi lagy ancam dia dengan memberi keputusan untuk memulangkannya ke negeri asalnya.
3)Jika saya hakim, saya akan ringankan hukuman mereka kerana mereka sudah sedari kelakuan buruk mereka dan itu adalah tujuan penjara, untuk mengingati dan sedari kelakuan kita pada masa dahulu salah, dan jika mereka sudah menyedarinya tidak patut buang masa dipenjara dalam keadaan sakit. Saya juga akan menarik jawatan anaknya itu sebagai pengawal kerana sikap pengawal adalah untuk mengawal supaya ada kententeraman, bukan keganasan.