1) Sila lihat klip video ini.
2) Berikan komen anda berdasarkan kreativiti yang ditunjukkan oleh idiola-idiola ini.
3) Pada pendapat anda adakah kreativiti itu penting bagi pelajar? Mengapa?
( jawab sekurang-kurangnya 180 patah perkataan)
Selamat mencuba dan jawab dengan menggunakan kreativiti yang tinggi. : ~)
(2) Saya rasa mereka ada kreativiti yang tinggi kerana ia telah mengejutkan ramai penonton-penonton dan pengadil-pengadil yang sedang menonton persembahan orang-orang yang sedang menyembah di atas pentas. Saya pun rasa yang orang-orang yang sedang menonton persembahan mereka pun harus ada kreativiti yang tinggi sebagai mereka.
ReplyDelete2]Mereka telah membuat campuran pada lagu dan tarian mereka. pada mulanya saya fikir lelaki singh itu hendak mengacau para perserta namun begitu beliau juga adalah salah satu perserta dalam American Got Talents ini.Para juri juga tidak percaya bahawa lelaki tersebut akan membuat kedua-dua tarian yang bercampurkan alunan Bollywood dan ala-ala Micheale Jackson.Ini boleh digelar sebagai kreativiti yang ada pada setiap manusia di dunia.
ReplyDelete3]Kreativiti memang penting untuk semua orang terutama para pelajar.Setiap projek yang diberikan oleh guru subjek masing-masing perlu kreativiti masing-masing.Pasti semua orang di dalam dunia ini mempunyai kreativiti masing-masing.Dengan adanya kreativiti,mungkin mereka(para pelajar)boleh terima lebih markah apabila mereka gunakan kreativiti mereka. Mempunyai kreativiti adalah sebuah ciptaan Tuhan yang berguna terutama para pelajar seperti kita semua tambah pula jika kreativiti tersebut ditambah dengan minda. Kreativiti di dalam karangan pula menunjukkan bahawa kita sentisa fikir luah dari fikiran kita(THINK OUT OF THE BOX).Subjek yang perlu banyak gunakan kreativiti iailah bidang "Art" dan juga "Design and Technology." Tanpa kreativiti pasti mereka akan gagal dalam sesuatu yang mereka inging cipta ataupun lukis.
Fatin Nur Amalyna[3N2]
Pada pendapat saya, mereka telah membuat persembahan yang begitu kreatif. Ramai penonton terpegun dengan persembahan mereka. Idiola-idiola itu adalah seorang Singh dan seorang pemuda Inggeris. Ia juga adalah campuran antara dua kaum. Bagi saya, kreativiti itu amat penting bagi pelajar. Kadang-kala, pelajar harus memikir luar batas. Saya, sebagai seorang pelajar "Design and Technology", saya sering memerlukan imaginasi yang kreatif untuk membuat sesuatu projek. Ideanya haruslah menarik perhatian orang. Kreativiti itu penting juga kerana pelajar seringkali melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang memerlukan pemikiran. Contohnya, berjoget, melukis ataupun bertukang memerlukan kreativiti. Jika kami hendak berjoget, kami harus memikirkan bagaimana untuk membuat penonton terpegun pada persembahan kami. Seperti idiola-idiola di perakaman video itu, mereka telah bercampur joget Bhangra dan juga joget Michael Jackson. Ini sungguh kreatif dan lain daripada yang lain. Pelajar pada zaman sekarang ingin menjadi seseorang yang lain daripada pelajar-pelajar yang lain. Maksud saya, mereka tidak suka ada persamaan antara diri sendiri dan orang yang lain. Oleh itu, mereka akan berfikir menggunakan kreativiti untuk melakukan sesuatu yang berbeza. Sekarang, apabila saya menaip komen ini, ia juga memerlukan kreativiti. Contohnya, kami harus memikirkan tentang perkataan yang sesuai untuk digunakan. Jika kreativiti tidak pupuk, ciptaan seperti kerusi, meja ataupun beg tidak akan dicipta.
ReplyDeleteNur Amirah, 3N2.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletekreativiti yang ditunjukkan oleh mereka amat kreatif.pada mulanya disangka bahawa lelaki punjabi itu hanya seorang tukang sapu yang membersihkan lantai tetapi beliau adalah penari tersebut jua.cara lelaki punjabi itu menunjukkan seolah-olah beliau ingin bergaduh dengan lelaki tersebut tetapi beliau turut serta dalam pertandingan itu.mereka dianggap menari double.lagu punjabi diturut serta dan mereka menari bersama-sama.ia sesuatu yang unik dan memukau penonton.tidak mereka sangka bahawa ia sebahagian dari persembahan.
ReplyDeleteKreativiti itu penting buat para pelajar kerana ia membuka minda dan memberikan idea yang banyak bagi mereka. Ia menunjukkan bahawa seseorang itu berfikiran jauh dan ia mematangkan juga. Kreativiti dapat membantu pelajar dalam menulis karangan mereka, melakarkan perasaan dalam puisi. Ia sedikit sebanyak membantu pelajar ini dalam pembentangan. Kreativiti dapat menyatukan sesuatu yang kurang meyerlah kepada sesuatu yang dapat menarik perhatian. Sebagai contoh,video di atas menunjukkan kreativiti mereka dalam persembahan iaitu menyatukan lagu Michael Jackson dengan tarian baghra. Ini menunjukkan bahawa mereka berfikir dari segi pandangan yang berbeza demi mencapai persembahan yang menyerlah. Mereka juga berfikir dan meluaskan fikiran dari kotak minda. Mereka mencari idea iaitu melakukan persembahan dengan menyelitkan sedikit sketsa dalam persembahan tersebut iaitu di mana di tengah persembahan, datangnya seorang lelaki yang menyamar sebagai tukang sapu dan ingin mencari pasal dengan penari tersebut tetapi yang sebenarnya adalah beliau adalah sebahagian dari persembahan tersebut. ini menunjukkan bahawa mereka berfikiran kreativiti demi mengisikan sedikit humor dalam persembahan mereka dan menyerlah di hadapan penonton dan panel pengadil. Kreativiti seorang pelajar mengilap pemikiran mereka dan membentangkan lagi fikiran sehingga luas pemandangan. Dengan ini, kreativiti amat penting bagi para pelajar.
2) Pada pendapat saya idiola-idiola ini sungguh kreatif dengan latihan yang dia telah berlatih dengan rentak tarian tersebut. Ia digabungkan dengan seni tarian Michael Jackson dan bhangra. Sungguh meriahkan dan semua penonton-penonton berpekikan, dan bertepuk tangan kerana tarian sebegini dan kreativitinya sungguh memerhatikan kerana ia tidak akan menjadi bosan jikalau kita asyik meonontonnya berkali-kali. Pengadil juga tidak bosan dengan tarian begini kerana orang-orang seperti ini ada aura untuk memberi perasaan gembira kepada semua peononton-penonton dan juga pengadil yang mengadil pertandigan tersebut.
ReplyDelete3) Kreativiti itu memeng penting kepada pelajar tetapi bukan sahaja kepada segi pelajaran art atau seni tarian. Ia boleh difikirkan secara lain atau fikiran luas kepada pelajaran-pelajaran juga. Seperti bahasa inggeris, kita ingin menulis sebuah karangan. Kita harus berfikir sebuah cerita yang tidak akan membosankan cikgu yang akan bersemak. Kita ingin memberi sesuatu perasaan yang gementar dan jalan cerita yang menarik dan juga akan dapat markah yang tinggi. Seperti penari-penari di dalam video ini penari ini begabungkan lagu Michael Jackson yang terkenal dahulu, Billie Jean, dan lagu bhangra juga. Penari India itu juga menari dengan sungguh meriah walaupun badannya yang besar tetapi dia dapat membuat sebuah langkah yang tidak semua lelaki boleh buat. Ia dinamakan "split." Kepada saya ia telah memberi saya setitis senyuman di bibir saya. Kreativiti memang penting kepada pelajar kerana itu akan menolong mereka dalam pelajaran mereka.
Nasrianur (24) 3N2
(2)Saya rasa persembahan dua lelaki itu sangat kreatif kerana ia tidak diduga kerana pada mulanya ia persembahan lagu Michael Jackson,tetapi di pertengahan persembahan itu,lagu itu ditukar kepada lagu Bangrah.Saya amat tertarik kepada persembahan itu kerana saya tidak sangka joget Michael Jackson boleh dicantumkan dengan joget Bangrah.Saya rasa dua lelaki itu sudah banyak berlatih untuk persembahan ini dan untuk membuat persembahan di depan khalayak ramai sangat menarik.Saya harap dua lelaki itu akan menjadi orang yang terkenal pada masa yang akan datang. (HAMIZAN HARITH 3N2)
ReplyDelete2)Video ini berdasarkan seorang penari yang meniru gaya dan tarian arwah Michael Jackson. Pada pandang pertama, ia amat mengagumkan kerana tidak ramai yang mempunyai bakat seperti arwah MJ. Dan untuk seorang lelaki yang pandai 'meniru' dan boleh 'meniru' bakat MJ, amat mengagumkan. Kemudian, kawannya juga turut mempunyai bakat untuk menarik. Dan percaya, bukan saya sahaja yang terpegun, para juri dan penonton di merata dunia juga akan terpegun dengan tarian nya. Penari ini juga mempunyai kerativi untuk membuat persembahan nya lucuh dengan menari bersama kawan nya.
ReplyDelete3)Pada pendapat saya, kreativi itu penting bagi semua orang bukan sahaja untuk seorang pelajar. Apabila seseorang pelajar itu mempunyai kreativi, dia akan menyerla daripada yang lain. Dengan kreativi nya, banyak benda yang boleh di selesaikan tidak kira secara pelajaran atau dalam segi sosial. Misalnya, jikalau seseorang pelajar itu lemah dalam subjek kira-kira, dia boleh menggunakan kreativi nya untuk menyelesaikan bagaimana dia boleh lulus dalam subjek kira-kira. Contohnya, jikalau dia tidak boleh mendapat tolong dari cikgunya, dia boleh meminta tolong dari kawan-kawan nya atau dari anggota keluarganya. Apabila seseorang pelajar itu mempunyai kreativi, ini menunjukkan bahawa minda dan pemikiran nya cerdas dan luas. Jikalau seseorang pelajar itu mempunyai kreativi dan pandai menggunakan nya, mungkin dia mempunyai masan hadapan yang cerah kerana kini, dunia semakin globaliz dan para scientist perlukan orang-orang yang kreativ untuk membina sesuatu yang mengagumkan dan unik atau menerusi kreativi nya, ramai benda yang boleh di jawab atau selesai.
Nur Saheera (5N2)
1)Persembahan peserta tersebut amat mengagumkan dan sungguh unik. Beliau pandai menari juga meniru tarian King of Pop,Encik Michael Jackson. Pada pandangan pertama saya,penari tersebut benar-benar seperti Michael Jackson;iaitu dari segi tariannya,gaya dan tingkah laku beliau. Semasa peserta menari,seorang lagi turut mengikut sama tariannya. Sebenarnya,itu adalah sebahagian persembahannya dan pengadil turut berasa terkagum. Berturut,lagu yang dimainkan dan disediakan oleh peserta itu juga kreatif. Dia telah menggabungkan lagu bangrah dan lagu hits Michael Jackson,menjadikan lagu tersebut lebih menarik dan enak apabila didengar.
ReplyDelete2)Pada pendapat saya,kreativiti itu amat penting bagi pelajar kerana ia boleh menolong mereka dalam segi hidup mereka. Apabila tiada kreativiti dalam hidup seharian mereka,kehidupan mereka akan menjadi tidak menarik dan sungguh membosankan. Kreativiti adalah salah satu faktor yang penting bagi kehidupan seseorang itu. Faktor itu juga boleh membantu pelajar dalam pelajaran mereka. Contohnya,bagi subjek Inggeris dan bahasa melayu. Kedua-dua sukjek tersebut memerlukan pemikiran yang kreatif kerana pelajar harus mengarangkan sesuatu cerita cerpen ataupun untuk berbicara tentang sesuatu isu mengenai globalisasi. Apabila seseorang pelajar itu mempunyai kreativiti yang amat tinggi, jalan cerita mereka akan menjadi lebih luas dan lebih banyak idea;menghasilkan sebuah cerpen atau karangan yang unik dan lain daripada pelajar-pelajar yang lain. Apabila cerpen atau karangan seorang pelajar itu bagus dan mengagumkan,ia akan terpilih dan boleh dijadikan sebuah novel dan dapat di jual di pasaran.
-ZAFIRAH 5N1
2. Bagi saya kreativiti idiol-idiola ini amat menarik kerana mereka dapat meniru cara mendiang Micheal Jackson (MJ) berjoget dengan baik sekali. Tidak disangkakan bahawa tarian yang kita ingat hanya meniru tarian MJ itu tiba-tiba menukar kepada tarian yang bergambung dengan tarian Bangra. Ini amat mengejutkan dan menarik perhatian penonton. Kreativiti sebegini amat penting untuk menarik para penonton untuk terus berada dalam petandingan. Para pengadil juga amat kagum dengan cara tarian dan persembahan mereka. Saya rasa amat susah hendak mengabungkan dua tarian yang berbeza itu dan sempurnakan tarian mereka.
ReplyDelete3. Kreativiti itu amat penting untuk seseorang pelajar kerana adanya kreativiti itu ia menunjukkan kemampuan seseorang pelajar itu berfikir dan sejauh mana fikiran seseorang pelajar itu akan berkembang. Juga dengan ada kreativiti pelajar dapat melihat sesuatu benda itu dari segi pandangan yang berbeza dan membuat pelajar meluaskan kotak pemikiran mereka dan berfikir jauh. Kreativiti ini juga boleh jadi bakat terpendam pelajar yang boleh terserlah dengan tugasan atau lukisan mereka. Ramai pelajar akan hanya berfikiran sama dengan kawan mereka tetapi salah satu akan ada daya kreativiti yang lebih tinggi yang akan membuat beliau terselah dan itu adalah satu bakat yang harus dikongsi dan digilap.
Kreativiti amat penting untuk tugasan sekolah atau projek-projek yang harus menarik perhatian umum. Kreativiti ini bagi saya ada disemua otak manusia hanya mereka mahu atau tidak mengembangkan kreativiti mereka itu. Dengan adanya kreativiti kita boleh melakukan sesuatu lain dari yang lain dan membuat kejutan yang tidak disangka. Jadi bagi saya ia amat penting dalam hidup seharian seorang pelajar.
Berdasarkan kreativiti yang ditunjukkan oleh idola-idola ini sungguh menarik dan hebat sekali kerana ini menujukkan peringkat kreativiti mereka itu tinggi. Ada banyak lagi yang akan ditunjukkan oleh mereka. Mungkin lagi hebat dan menarikkan. Ini juga akan menarik hati ramai orang. Pengadil-pengadil itu juga tidak sangka akan tarian yang ditarikan oleh idola-idola ini begitu hebat sekali. Kombinasi tarian itu sungguh hebat sekali. Tarian ini bukan senang untuk dipersembahkan kerana ia memerlukan latihan. Kreativiti itu penting bagi pelajar kerana ia memberi pelajar untuk berfikir lagi jauh. Ini akan memberi mereka peluang untuk menunjukkan pengetahuan mereka dalam CCA mereka seperti Modern Dance. Melalui kreativiti,mereka akan menggunakan kreativiti ini untuk membuat gerak geri yang hebat dan juga ini akan membuat si penonton memberikan tumpuan dan juga penonton akan rasa hebat untuk melihat tarian yang hebat sebegitu. Penonton juga akan memberitahu anggota keluarga dan juga kawan-kawan. Begini,ia akan mempromosikan penari-penari itu melalui kreativiti itu. Kreativiti ini juga boleh digunakan apabila sedang melukis. Ini akan memberi mereka sesuatu yang unik untuk dilukis. Kreativiti pentins untuk pelajar.
ReplyDeleteSaya tergamam apabila menonton video tersebut kerana dia boleh tiru semua gerak-geri "Michael Jackson".kreativity pun penting bagi pelajar kerana
ReplyDeletebersambung
saifuddin
Pada pendapat saya, ia mungkin penting bagi pelajar saperti budak yang memilih aktiviti ko-korikular 'modern dance' kerana cara menarinya sungguh menggagumkan dan biasanya para pelajar dalam tarian 'modern dance' akan menari tarian hip-hop. Ia mungkin mudah bagi sesetengah orang yang boleh menari seperti itu tetapi tidak ramai yang boleh membuat sedemikian. Ada orang yang suka menari dan mendengar lagu yang dibuat oleh mendiang micheal jackson. Namun, di klip video ini terdapat orang yang berbangsa india menari tarian mereka sendiri. Dengan ini ia membuat para juri dan penonton berasa amat gembira dan ia menarik perhatian penonton dengan persembahan itu. Ini jarang sekali terjadi bila orang berbangsa lain menari tarian hip-hop mengikut rentaknya yang berbeza. Biasanya mereka akan menari tarian mereka mengikut rentak lagu mereka.
ReplyDelete2) Idola-idola ini sungguh kreatif dan mereka telah berjaya meniru Michael Jackson. Bukan sahaja mereka meniru cara dansa Raja Pop itu, mereka telah memasukkan cirri-ciri mereka sendiri. Penari-penari ini sungguh bagus dalam merancang persembahan mereka. Mereka telah mengejutkan penonton dengan kejutan. Penonton-penonton dan juri mengingatkan bahawa penari yang kedua itu bukanlah sebahagian daripada persembahan itu. Namun itu, penonton amat terhibur apabila penari kedua itu menunjukkan tariannya. Mereka mengabungkan tarian Michael Jackson dan Bangra untuk persembahan tersebut. Itu adalah suatu yang bagus dan kreatif.
ReplyDelete3) Pada pendapat saya, kreativiti itu sangat prnting bagi pelajar. Tanpa kreativiti, pelajar tidak mungkin boleh meluaskan imaginasi. Pelajar harus mengunakan kreativiti apabila di sekolah, dan ketika membuat kerja sekolah. Seperti dalam pelajaran Design & Technology, pelajar harus menggunakan kreativiti untuk membuat sesuatu bahan yang diinginkan. Pelajar juga memerlukan kreativiti untuk membuat kerja pelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris. Mereka harus memikir dari segi yang berlainan. Jika mereka tidak memikir dan menggunakan daya kreativiti, kerja-kerja mereka tidak akan mempunyai isi yang baik dan matang. Kreativiti juga membantu mereka meluaskan idea dan meningkatkan lagi mutu kerja mereka. Tanpa kreativiti, kebanyakkan pelajar akan memberikan idea dan isi yang sama. Dengan itu, kreativiti sungguh penting kerana ia boleh mengasingkan antara orang yang matang dan tidak. Kreativiti adalah sesuatu yang diperlukan semua orang. Kami harus menjadi kreatif dalam semua segi kerja.
Noor A'ishah (5N2)
[2]Saya tergamam apabila menonton video clip itu kerana lelaki itu boleh meniru gerak-geri penyanyi paling terkenal Michael jackson. Gerak geri dia memang susah untuk meniru. lelaki yang joget bersebelahannya gemuk tetapi boleh membuat 'split'. Saya harap mereka berdua akan menjadi terkenal satu hari.
ReplyDelete[3]Kreativity mesti ada dalam semua pelajar kerana dalam design & technology dan art mesti ada kerana tanpa kreativity, kita tidak boleh memilih mereka sebagai subjek utama. banyak benda memerlukan kreativity sebagai pelukis, jurulatih kerana mesti memikirkan rancangan untuk mengalahkan pasukan sebaliknya.
(3)Saya rasa kreativity sangat penting di dalam kehidupan semua pelajar pada zaman ini kerana dalam subjek ART,kami harus menggunakan imaginasi kita untuk melukis lukisan itu untuk peperiksaan.Jika kita menulis sebuah karangan ataupun surat kiriman,kita harus menggunakan imaginasi kita supaya karangan atau surat itu tidak membosankan guru itu yang akan bersemak.Dalam segi kerja pula,pekerja itu harus memikir sebush cara untuk mengiklankan produk yang mereka membina contohnya sebuah telefon bimbit yang baharu.Kalau seorang kontrator,dia harus memikir sebuah taman permainan yang sangat menarik,seronok dan tidak membosankan untuk kanak-kanak yang muda.Balik kepada dua lelaki itu,mereka menggunakan imaginasi mereka untuk menarik perhatian mereka,pengadil-pengadil dan hadirin yang berada di situ pun berasa terpegun apabila lagu Michael Jackson ditukar kepada lagu Bangrah.Saya rasa dua lelaki itu ada imaginasi yang tinggi dan saya harap imaginasi seperti ini adalah di dalam semua pelajar termasuk saya. (HAMIZAN HARITH 3N2)
ReplyDelete2)Saya rasa mereka telah menunjukkan kreativiti yang sangat menarik kerana itu adalah kali pertama saya melihat tarian Bollywood yang bercampur dengan tarian ala-ala Michael Jackson.Pada mulanya saya berfikir bahawa itu adalah tarian Michael Jackson yang biasa sahaja tetapi apabila Singh tersebut masuk ke pentas untuk menari bersama perserta sepasukannya, ia berubah menjadi tarian ala-ala Michael Jackson yang bercampur dengan tarian Bollywood.Saya rasa penonton juga berasa terkejut dan kagum akan kreativiti yang dipamerkan oleh kedua-dua peserta tersebut.
ReplyDelete3)Saya rasa kreativiti itu penting bagi para pelajar kerana tanpa kreativiti, semua pelajar akan melakukan persembahan atau kerja yang sama dan tidak mempunyai sebarang keistimewaan dalam apa yang dilakukan oleh mereka.Jika semua pelajar melakukan persembahan yang sama kecuali kita, ini bererti kita telah menggunakan kreativiti kita yang tersendiri untuk melakukan sesuatu yang berbeza dengan pelajar-pelajar yang lain dan cikgu yang mendengarnya juga tidak akan berasa teragak-agak untuk memberikan markah yang bagus.Kreativiti seseorang itu akan mempamerkan berapa jauh idea mereka boleh melangkah dan akan menunjukkan keistimewaan mereka sendiri apabila melakukan sesuatu perkara dan sebab itulah KREATIVITI itu penting bagi para pelajar!!
a)Apabila saya menonton video itu, pada mulanya perasaan saya seperti biasa sahaja.Ini kerana saya telah menonton beberapa video yang juga mempamerkan seseorang yang mahir dalam ‘meniru’ tarian Michael Jackson.Tetapi,saya agak terperanjat apabila Singh itu memasuki pentas dengan penyapunya.Beberapa saat lagi,Singh itu juga bermula joget dan seterusnya kedua-dua penari itu memasukkan ciri-ciri tarian Bangra pada pertengahan persembahan mereka itu.Pekikan dan tepukan penonton dan juga pengadil menunjukkan yang persembahan mereka itu amat menarik dan juga sungguh kreatif kerana pasangan itu berfikiran terbuka.
ReplyDeleteb)Sifat kreatif amat penting kepada semua pelajar,tidak kira jika mereka mengambil subjek Matematik,Inggeris ataupun Design and Technology.Ini kerana kita harus berfikir dar perspektif yang lain mengatasi cabaran-cabaran yang kita akan mengalami dalam peperiksaan.Salah satu contoh ialah dengan soalan Matematik.Katanya soalan itu menyuruh pelajar untuk mencari cara-cara untuk menggunakan hanya nombor ‘2’ dan ‘3’ untuk menghasilkan jawapan ‘8’.Pelajar-pelajar yang biasa akan memberikan jawapan (2+3+2=8).Tetapi mereka yang lebih pandai atau lebih kreatif mungkin member jawapan sebegini (23=8). Ini dipanggil sebagai ‘higher order thinking’ yang amat berguna dalam subjek-subjek yang lain dan ini mungkin akan memberikan murid itu lebih markah.Justeru,kreativiti penting kerana ia dapat membezakan pelajar yang bagus daripada pelajar yang biasa sahaja.
Md Nur Shahmi Bin Sazali (22) 4E3
2) Saya rasa kedua-dua penari di pentas itu amat kreatif. Mereka bukan sahaja kreatif, tetapi juga berbakat dan persembahan mereka amat menarik dan tiada kesilapan. Saya rasa mereka telah menggunakan kreativiti mereka untuk menarik hati para penonton dan para wakil. Saya amat terhibur dan melihat reaksi penonton membuat saya fikir bahawa ramai yang menyokong dan juga terhibur dengan persembahan mereka.Saya rasa tarian itu amat kreatif kerana telah mengabungkan tarian ala barat dan tarian india. Ini membuat persembahan tersebut dinamik dan menarik. Dan penari amat kreatif kerana telah pandai menarinya dengan betul dan mencipta tarian gabungan itu.
ReplyDelete3)Kreativiti penting bagi seorang pelajar kerana mereka memerlukan kreativiti untuk mata pelajaran seperti lukisan dan DNT. Untuk menghasilkan sesuatu yang boleh digunakan disamping menjadi sesuatu yang unik dan kreatif untuk membuat hasil lebih baik kelihatan. Kreativiti juga penting jika seorang pelajar ingin rekai cerita yang menarik dalam penulisan surat atau karangan. Saya juga rasa kreativiti boleh digunakan untuk semua dan implikasinya amat hebat jika digunakan seharian. Contohnya menggunakan kreativti untuk memikirkan cara untuk timbang waktu belajar dan main, cara bagaimana untuk elakkan dari dimarahi cikgu, bagaimana hendak memasuki sekolah tanpa di awasi bila tiba lambat ke sekolah, dan sebagainya. Kreativiti patut ada dalam setiap pelajar, jika tidak, kepala mereka kosong dengan logic dan tiada pemikiran yang berbunga-bung, seperti kata orang barat, memikir di luar kotak.
Muhd Hazim 4e4
2) Pada pendapat saya, idola-idola dalam video itu sangat berbakat dan saya pasti mereka akan dapat menjadi seseorang yang terkenal pada suatu hari nanti kerana pertunjukan mereka sangat mengejutkan dan tidak menyangkakan. Namun dari sudut pemikiran saya, mereka hanya meniru pergerakan idola yang terkenal iaitu Micheal Jackson dan itu sama sekali bukan kreativiti mereka sendiri. Tetapi yang menariknya adalah mereka punya sedikit daya kreativiti untuk menyelitkan rentak lagu Bollywood ke dalam lagu asalnya Micheal Jackson. Namun saya harus akui bahawa cara mereka menari sangat mirip dengan cara Micheal Jackson dan itu adalah bakat dan kemahiran yang tidak semua orang memiliki.
ReplyDelete3) Pada pendapat saya, sudah tentu seseorang murid itu harus kreatif dalam apa sahaja yang dilakukannya kerana jika ia tidak kreatif, ia tidak akan menarik perhatian orang dan tiada sesiapa yang akan mengambil tahu tentang kerja beliau. Sama seperti hidup kita- jika hidup kita penuh dengan kreativiti, hidup kita akan menjadi lebih menarik dan kita akan mempunyai lebih semangat untuk meneruskan hidup apabila lagi mengalami masalah. Mereka harus percaya bahawa tiada yang mustahil untuk dilakukan. Berfikirlah dengan berleluasa supaya dapat mencapai sesuatu yang cocok dengan pendirian seseorang itu.
Nur Atiqah 4E4
2) Idola-idola yang telah membuat persembahan dalam video ini telah menunjukkan bahawa aspek kreativiti tidak mempunyai apa-apa sempadan. Mereka dapat mempersembahkan kreaviti mereka dengan mengabungkan cara-cara tarian yang dibuat terkenal oleh Michael Jackson, seorang penari dan penyayi yang amat terkenal, dengan cara-cara tarian Bhangra. Oleh itu, mereka dapat menarik perhatian pengadil-pengadil dan juga penonton-penonton dengan sangat baik. Mereka juga dapat menggunakan bakat mereka dalam tarian dengan juga menggunakan kreativiti mereka untuk membuat persembahan yang sungguh menarik. Apa yang mereka telah buat telah dapat menunjukkan bahawa kita sebagai orang biasa boleh melakukan apa-apa sahaja jika kita tahu cara-cara untuk menggunakan bakat-bakat yang kita mungkin mempunyai dengan cara baik. Dengan melakukan sedemikian, kita boleh dapat mendapat lebih tahu tetang diri kita sendiri dan juga dapat keyakinan baru yang boleh menolong kita untuk mengatasi masalah-masalah yang kita boleh mengahadapi pada masa hadapan.
ReplyDelete3) Kreativiti amat penting kepada pelajar oleh kerana ia dapat menguji mereka untuk memirkirkan beberapa cara yang berbeza untuk mengatasi sesuatu masalah dan menghalang mereka dari hanya mencari satu jawapan. Walaupun sifat kreatif ada berguna untuk subjek-subjek sekolah, menggunakan sifat kreatif di dalam situasi tersebut tidak perlu menjadi sebab yang paling penting kenapa kreativiti penting bagi pelajar. Kreativiti juga boleh menolong pelajar untuk dapat memirkirkan tentang kemungkinan-kemungkinan selepas mereka membuat keputusan atas sesuatu. Pelajar juga harus tahu bahawa kreativiti tidak mempunyai sempadan dan juga tahu bahawa mereka juga boleh menggunakan sifat kreatif dalam hidup mereka. Dengan menggunakan sifat kreatif dengan meluas di dalam hidup, kita dapat mencari perspektif-perspektif terhadap hidup kita yang baru. Ia boleh menolong kita untuk menjadi lebih mahir dalam membuat keputusan untuk apa-apa oleh kerana kita sudah akan telah berfikir tentang apa yang boleh berlaku setelah keputusan yang kita memilih. Dengan mengadakan kreativiti dalam hidup, kita akan mendapat melepaskan diri kita daripada rutin hidup yang biasa dan dapat menyegarkan hidup kita dengan melakukan perkara-perkara yang agak menarik. Ia juga dapat membezakan diri kita daripada orang lain dalam cahaya yang baik. Oleh dengan mempelajari cara-cara untuk menggunakan sifat kreatif pada masa kita pelajar, kita akan mempunyai kemahiran dalam kefikiran kita pada masa hadapan dan ia boleh menolong kita mencari kerjaya yang baik.
Muhammad Nabil bin Bohari (29) 4E4
2) Rancangan Britain’s Got Talent ini merupakan antara rancangan-rancangan yang gemar saya tonton. Rancangan sebegini amat menarik serta menakjubkan. Rancangan realiti ini merupakan landasan bagi mereka yang berbakat untuk menyemukakan bakat mereka yang terpendam.Tambahan pula,mereka berpeluang memenangi wang tunai sebanyak sejuta dolar selain dari mendapat nama dan menjadi terkenal.Saya tidak jemu menyaksikan pelbagai peserta membuat persembahan yang kreatif dan berbeza.Pada mulanya, saya berfikir bahawa idola-idola ini mempersembahkan sesuatu yang biasa dan tidak ada apa-apa yang ‘lain daripada yang lain’.Tariannya hanya meniru gaya mendiang penyanyi dan penghibur terkenal Michael Jackson.Namun,saya dikejutkan dengan tarian gabungan Michael Jackson dengan singh itu.Ia adalah suatu kejutan,seperti apa yang dikatakan salah seorang pengadil.Saya rasa mereka berpeluang untuk melangkan jauh dalam pertandingan itu.
ReplyDelete3) Kretiviti itu tentu sekali adalah amat penting bagi para pelajar.Merek sangat memerlukannya baik di sekolah mahupun dalam kehidupan seharian. Biasanya kreativiti itu digunakan pelajar tanpa mereka sedari.Kreativiti itu bukan sahaja untuk digunakan dalam subjek seperti seni malah untuk subjek lain seperti Ilmu Hisab. Contohnya,jika kita tidak dapat menyelesaikan sesuatu soalan yang rumit dan sukar,kita boleh memikirkan cara lain untuk menyelesaikannya.Tambahan pula, soalan tersebut biasanya mempunyai lebih dari satu cara untuk menyelesaikan.Kreativiti juga dikaitkan dengan HOM ‘fikir di luar luar’.Kita boleh mengamalkan apa yang diajar dalam HOM.Selain itu, kreativiti juga boleh digunakan untuk mengelakkan diri kita dari ditimpa musibah. Contohnya jika para pelajar tidak sempat membuat kerja sekolah, mereka boleh memikirkan alasan yang kreatif untuk memperdayakan guru.Begitu juga jika mereka dimarahi atas sebab kesalahan lain.Guru-guru yang sudah tua biasanya mudah terpedaya dengan alasan kreatif mereka.Saya juga teringat apa yang dikatakan oleh guru Fiziks saya - jika tidak dapat menyelesaikan suatu soalan susah,janganlah langgar tembok sahaja.Sebaiknya,selesaikanlah dengan jalan lain supaya tidak melanggar tembok itu.Namun,saya rasa ada segelintir pelajar tidak mempunyai kreativit.Mereka yang sering melepak di kolong blok membuang masa dengan tidak membuat apa-apa sedangkan banyak aktivti kreatif lain dapat dilakukan.
Muhammad Helmi bin Sarodin!!!(26)
4e1 (:
2) Apabila saya menonton video ini, saya mempunyai fikiran bahawa ia merupakan satu lagi percubaan oleh seorang peserta untuk meniru gaya tarian Michael Jackson. Saya boleh katakan bahawa lelaki ini, yang memanggil dirinya 'Signature', amat bagus dan gaya yang lebih kurang sama dengan Raja Pop. Tetapi, di pertengahan video ini, saya gak terkejut apabila seorang lelaki yang berbangsa India telah menyapu pentas tersebut dengan tiba-tiba. Beliau sekaligus mengganggu persembahan Signature yang telah menghebohkan auditorium tersebut. Namun, ia semua bertukar apabila pasangan tersebut mula berdansa bersama-sama. Baru saya tahu bahawa semua ini telah dirancang oleh kedua-dua peserta. Percubaan ini amat baik kerana pasangan ini telah menggunakan daya kreativiti mereka untuk menukar sebuah persembahan biasa tarian ala Michael Jackson kepada sesuatu yang lebih menarik, iaitu dengan menggabungkan tarian Bhangra dalam persembahan tersebut. Dengan daya kreativiti kedua-dua peserta ini yang amat tinggi, mereka boleh melangkah jauh dalam pertandingan ini.
ReplyDelete3) Kreativiti itu memang penting untuk para pelajar. Mereka harus menggunakan daya kretiviti mereka dalam kehidupan harian. Tidak kira di sekolah ataupun di luar, para pelajar harus tahu bagaimana untuk menggunakan daya kreativi mereka. Mereka juga harus membaiki lagi sebuah percubaan agar ia menjadi lebih menarik. Dengan daya kreativiti yang diperolehi oleh para pelajar, mereka akan dapat mencari cara yang alternatif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kreativi sangat penting kerana pelajar-pelajar zaman ini merupakan harapan negara dan bakal memimpin Singapura pada masa yang akan datang. Daya kreativiti yang ada pada diri para pelajar akan memanfaatkan orang ramai pada masa hadapan. Cara kehidupan akan lebih sempurna dan ia akan lebih selesa untuk hidup bersama. Ciptaan yang berfaedah kepada manusia akan terjadi dengan menggunakan daya kreativiti mereka. Pendek kata, semua yang ada pada kurun ini akan berubah kepada yang lebih baik pada masa hadapan.
Muhammad Suhaimi Bin Murat 4E3
Pada pendapat saya, saya rasa bahawa kita semua harus ada kreativiti pada diri kita supaya kita dapat maju dan dapat kita meluaskan imaginasi kita supya kita senang memahami apa yang sedang berlaku dan dapat melihat sesuatu perkara dengan lain, supaya kita lebih memahami. Saya juga rasa bahawa idiola-idiola ini amat kreatif kerana bukan sahaja mereka berjoget pada lagu Michael Jackson tetapi pada lagu Bhangra juga. Mereka, idiola-idiola ini, telah bercampur agama, supaya tidak kelihatan sebagai seorang yang perkauman. Beliau telah membyat persembahannya dengan seorang Singh yang pada mula saya rasa tidak boleh menari. Walaupun badannya besar, saya terperanjat melihat beliau menari dengan bersungguh-sungguh. Perkara ini telah membuka mata saya supaya tidak menilai sebuah buku dari sampulnya. Saya rasa bahawa kreativiti mereka amat bagus dan saya rasa bahawa mereka telah mencampurkan dua lagu sesame untuk memberikan impak yang besar pada para penonton dan juga para pengadil. Mereka harus meningkatkan prestasi mereka, jika mereka mahu memenangi peraduan ini kerana saya rasa bahawa dengan peraduan sebegini, ia akan mencabar imaginasi kitya supaya memebuat perkara yang lebih menakjubkan. Saya juga berasa kita, sebagai seorang murid Design And Technology, kita harus ada imaginasi yang luas jika kita mahu membina sesuatu yang jauh berbeza dengan apa yang sudah berada yang sedang dijual. Kita karus ada imaginasi yang tinggi untuk membuat perkara yang akan menarik perhatian para pembeli. Dengan imaginasi yang luas, kita dapat melihat perkara itu dengan sudut. Saya rasa kita harus memikir luah pertingkatan kita, out of the box, supaya kita dapat membuat perkara yang lebih kreatif dan dapat memajukan diri. Saya juga rasa bahawa dengan imaginasi yang tinggi, kita akan cemerlang dalam peperiksaan dan dapat bermaju kepada arah jalan yang lebih terang. Saya juga rasa dengan imaginasi, kita akan senang pada masa depan.
ReplyDeleteSarah Rakhel Faseha, 33, 3n2 (:
2) Pada pendapat saya, mereka telah menunjukkan satu persembahan yang hebat. Pada mulanya, saya fikir bahawa peserta itu akan membuat persembahan ala Michael Jackson yang biasa-biasa sahaja. Namun, setelah Singh itu memasuki pentas, suasana di situ tiba-tiba berubah. Siapa sangkakan lelaki Singh yang berpakaian seperti seorang 'janitor' akan turut membuat persembahan. Lagu yang dimainkan juga adalah gabungan musik pop dan bhangra. Satu persembahan yang luar dugaan dan cukup menghiburkan. Tanpa kreativiti, persembahan seperti ini mungkin tidak akan wujud.
ReplyDelete3)Pada pendapat saya, kreativiti adalah penting bagi setiap pelajar. Seorang pelajar perlu mempunyai sifat kreatif untuk berjaya. Contohnya, sebagai seorang pelajar, saya harus menggunakan kreativiti untuk menjawab soalan ini agar ia berlainan dari yang lain. Ketika menulis karangan pula, pelajar itu harus pelajar itu harus memikirkan plot yang lain daripada lain agar ia tidak membosankan si pembaca. 'Think of out the box' iaitu fikir luar dari kotak yang bermakna memikirkan sesuatu yang logikal dan berbeza daripada yang kita ada. Bagi pelajar-pelajar reka bentuk dan teknologi, mereka harus menggunakan kreativiti untuk menghasilkan projek yang baik. Untuk menghasilkan benda yang mudah untuk memudahkan kehidupan memerlukan kreativiti. Biasanya, perkara yang kreatif dapat menarik perhatian orang ramai. Kesimpulannya, kreativiti itu penting bagi pelajar.
Muhammad Farhan B Mohd (27)
4E4